KelabMama

Resepi Popia Goreng Inti Kentang Yang Sedap & Menyelerakan

popia goreng kentang

Selalunya kita dengar karipap isi kentang je kan, kali ni popia goreng inti kentang pula.

Mesti Mama pelikkan, macam mana nak buat popia goreng kentang ni? Sama ke caranya dengan buat karipap atau lain?

Jangan risau, ini Mama Siti kongsikan resepi dari Puan Nurul resepi popia goreng kentang.

Resepi Popia Goreng Inti Kentang

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Mama rebus dahulu kentang, selepas tu potong dadu.
  2. Potong dadu bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
  3. Tumiskan bawang yang Mama potong tadi sehingga kekuningan.
  4. Masukkan kari ayam pula dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Mama perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
  6. Last sekali barulah Mama masukkan kentang dan gaul sehingga rata.
  7. Ambil kulit popia dan letak inti kentang tadi dalam setengah sudu dan balutkan.
  8. Dah siap balut semua popia, dah boleh terus goreng.

Senang je kan nak buat popia goreng inti kentang ni. Caranya sama macam nak buat inti karipap cuma yang bezanya guna kulit popia je.

Kalau Mama tak ada masa nak buat karipap, bolehlah cuba buat popia goreng kentang ni. Masa pun jimat ye, tak perlu nak adun tepung dah.

Mesti anak-anak pun suka dengan popia goreng kentang ni.


Jom Mama, kita buat resepi popia goreng sira pedas pula, klik di SINI.