KelabMama

Resepi Mesra Muslim: Halal Ngor Hiang Sedap Bak Hang!

Kredit gambar: Faiza Asari

Adakah Mama teringin authentic Chinese food? Selalunya authentic Chinese food yang dijual di restoran, mesti tak halal. Kalau Mama teringin, Mama terpaksalah masak sendiri. Ngor Hiang ataupun Lor Bak ini ialah menu kegemaran Hokkien, Teochew & juga Peranakan.

Kebanyakan resepi ini menggunakan daging tidak halal. Tapi jangan risau, kita boleh olah dan gunakan daging yang halal. Buatnya tak susah, cuma kulit tauhu tu kadang-kadang susah nak dapat kat kedai.

Kalau Mama nak tahu, ada dua jenis kulit tauhu dan khusus untuk resepi Ngor Hiang halal ni, kita perlukan tauhu nipis tapi masih ‘kuat’ dan tak senang koyak.

Jom kita tengok resepi di bawah!

Resepi Ngor Hiang Halal, Sedap & Rangup

Kredit gambar: Faiza Asari

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Potong daging sebesar 2 jari. Then masukkan juga isi udang & mesin kasar-kasar. Kisar 30s/sp5.5. Dapat la daging cincang yang masih ada ketul-ketul kasar. Ketepikan.
  2. Lobak merah & sengkuang cina belah 2. Masukkan juga biskut. Kisar 30s/sp6. Campurkan semua bahan dalam mixing bowl. Guna function knead 5 minit. Cantik inti jadi kenyal-kenyal. Kita mesti dapat inti yang kenyal macam nak buat meatball.
  3. Letakkan inti (agak-agak saiz mcm hotdog) di tengah-tengah kulit. Tinggalkan lebih kurang 1cm di kiri kanan. Sapukan telur di kiri kanan kulit. Pelan-pelan bungkus rapi & agak ketat. Lekatkan dengan telur di hujungg gulungan. Boleh juga lipat sama macam popia.
  4. Susun dalam loyang yang disapu minyak. Pastikan ada ruang di antaranya sebab takut melekat kalau terlalu dekat. Kukus 15-20 minit. Biar sejuk sebelum keluarkan. Kalau angkat panas-panas takut pecah.
  5. Akhir sekali goreng dalam minyak hingga ke warna perang keemasan. Hati-hati sebab kalau api besar – mudah hangus.

Kredit: Faiza Asari

Khasiat Kulit Tauhu

Banyak kebaikan yang ada pada kulit tauhu ni. Ia mempunyai protein yang tinggi, rendah lemak, dan rendah karbohidrat, Vitamin A, Thiamine Riboflavin, Niasin, Folat, dan Vitamin B6.

Tambahan pula, kulit tauhu juga kaya dengan mineral seperti kalsium, kuprum, besi, magnesium, kalium, natrium, dan zink.

Petua yang Mama Siti dapat adalah intinya boleh guna pelbagai bahan (orang Teochew kadang-kadang campurkan keladi) tapi benda wajib adalah sengkuang cina! Sengkuang cina tu boleh tingkatkan rasa daging dan udang dengan bagi rasa manis dari jusnya. Barulah umph!

Selamat mencuba Mama!


Dapatkan resepi menarik untuk anak Mama dan sekeluarga DI SINI.