KelabMama

Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Rose Yang Cukup Sedap Dan Popular!

resepi nasi tomato

Resepi nasi tomato yang Mama Siti kongsikan ini sangat ringkas tetapi dapat menepati selera Mama sekeluarga. Ia sangat enak dimakan bersama ayam masak rose dan jelatah. Menu ini begitu popular sehingga sering menjadi pilihan semasa majlis keraian dan perayaan.

Selain itu ia turut dijual di semua tempat seperti restoran, pasar malam, pasar pagi dan gerai-gerai ditepi jalan. Semua bahan yang diperlukan untuk memasaknya sangat mudah untuk disediakan dan juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

Mama boleh ikut panduan resepi di bawah ini untuk mengetahui cara mudah memasak nasi tomato dan ayam masak rose yang sangat sedap. Jom cuba!

Resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Rose Yang Mudah

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Mula-mula masukkan minyak secukupnya ke dalam kuali.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah minyak panas tumis bawang merah, halia yang telah dihiris, bunga lawang, kulit kayu manis sehingga berbau harum.

#2. Tumis sehingga kesemua bahan menjadi sedikit garing.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Apabila tumisan tadi sudah garing, masukkan bawang besar yang sudah dikisar halus. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul kemas.

#3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Masukkan 3 sudu besar sos tomato dan tomato puri. Kacau sebati baharulah dimasukkan beras basmathi yang telah direndam selama 30 minit terlebih dahulu.

#4. Gaul beras supaya sebati lalu masukkan beras tadi ke dalam periuk elektrik.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Tambahkan 4 cawan air dan setengah cawan susu cair. Masukkan juga dua sudu serbuk pati ayam bagi menggantikan garam.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Setelah nasi masak, biarkan seketika. Apabila nasi sudah sejuk, kacau nasi tersebut dengan perlahan.

Resepi Ayam Masak Rose

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Pertama sekali tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan daun pandan yang telah disimpul.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Seterusnya masukkan dua sudu sos tiram dan tiga sudu sos tomato.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah itu, masukkan pula empat sudu air mawar diikuti dengan gula secukup rasa.

#3. Kemudian Mama tuangkan sedikit air dan masukkan kesemua ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Masukkan pula bawang besar yang telah dihiris bulat, kacau rata dan biarkan seketika.

#4. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu Mama memasak nasi tomato dan ayam masak rose yang ringkas tetapi sangat sedap untuk keluarga tersayang. Jom mama cuba resepi ayam percik dan resepi daging masak merah pula!


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain diĀ SINI!