KelabMama

Resepi Nasi Jagung Untuk Hero Cilik Di Rumah

Susah betul nak pikat anak-anak makan nasi kan. Macam-macam drama nak kena lalui dulu barulah nak makan nasi. 

Itu kalau jadi, kadang-kadang kita sebagai Mama dan Ayah pun hampir tak ada idea nak buat macam mana lagi biar anak tu makan makanan sebenar. 

Nak bagi makanan siap saji memang bukan cara Mama Siti. lagi-lagi kalau anak masih kecil. Dari kecil ni lah kita kena jaga gizi mereka kan, Mama. 

Masa Mama Siti tengah cari menu masakan kan, ada satu resipi yang menarik perhatian. Resipi dari Laila Luqman. Beliau kongsikan cara-cara nak buat nasi jagung khas untuk anak lelakinya. 

Mama Siti rasa nak cubalah, jom Mama kita masak sama-sama. 

Resepi Nasi Jagung

Kredit gambar: My TV Online

Resipi oleh: Laila Luqman

Bahan-Bahan Tumis

Bahan-Bahan Lain

Cara Memasak

1. Basuh beras hingga bersih dan toskan airnya.

Kredit gambar: Nuralia Alia

2. Kisarkan separuh daripada jagung dalam tin.
3. Sediakan kuali dan panaskan mentega. Seterusnya masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

Kredit gambar: Laila Luqman

4. Selepas itu, masukkan bawang kisar dan teruskan menumis sampai naik bau. 
5. Kemudian, masukkan tumisan dari dalam kuali tadi ke dalam periuk untuk menanak beras. 

Kredit gambar: Nuralia Alia

6. Lalu tambahkan halia, daun pandan, susu cair, jagung dan garam.

Kredit gambar: Laila Luqman

7. Masak nasi seperti biasa dan tunggu hingga nasi masak.
8. Apabila nasi dah siap masak, boleh hidangkan dan makan bersama keluarga.

Kredit gambar: Jimmy Aisy

Tips Masak Nasi Jagung

Resepi Nasi Jagung ni lebih enak dimakan dengan papadom, acar nenas dan ayam masak merah. Nyum, nyum sedapnya. 

Mama Siti bukan boleh kalau resepi ada jagung ni. Mesti punya nak cuba. Mama Siti nak cuba, harapnya Mama pun buat sekali ya. Kita tengok hasilnya sama-sama kan.