KelabMama

“Lain Macam Resepi Nasi Goreng Cili Padi Awak Hari Ini”- Suami Puji Masakan ‘On Point’

resepi nasi goreng cili padi

“Alah, buat nasi goreng pun nak tengok resepi ke?”

Ya, sebab kadang-kadang kita nak cuba teknik masakan dan nak tahu rasa nasi goreng dengan beberapa bahan istimewa lain. 

Seperti yang Noratiqah Nordin kongsikan di laman Facebook beliau, ini cara beliau masak resepi nasi goreng cili padi untuk suami tercinta.

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

Resepi oleh: Noratiqah Nordin

Bahan-bahan 

Bahan-bahan Kisar

Bahan Istimewa

Cara-cara

#1 Sediakan bahan-bahan kisaran. Basuh dan potong apa yang perlu contohnya bawang dan cili. Kemudian, kisar menggunakan pengisar (blender) atau chopper. Kalau Mama tidak mempunyai kedua-dua alat memasak itu, boleh juga tumbuk dengan lesung batu. 

#2 Di samping itu, Mama boleh terus letakkan kuali dan minyak ke dalamnya. Hidupkan api untuk memanaskan minyak tadi. 

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

#3 Setelah dipastikan minyak sudah panas, masukkan bahan kisaran dengan menggunakan sudu, senduk atau sudip. 

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

#4 Selepas itu, Mama carik isi ikan goreng dan tumis bersama-sama bahan kisaran dalam kuali. Gaul semua bahan-bahan itu hingga naik bau dan sedikit garing. 

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

#5 Teruskan memasak dengan memasukkan kuib ikan bilis dan garam secukup rasa mengikut citarasa. 

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

#6 Langkah seterusnya, basuh sebiji telur dan pecahkan dalam kuali. Terus gaul hingga telur masak dan terus masukkan nasi. 

#7 Jangan lupa gaul nasi bersama-sama dengan bahan tumisan tadi agar rasanya sebati dan menyatu antara satu sama lain. 

#8 Resepi nasi goreng cili padi kita sudah siap dan sedia dihidangkan.  

Kredit gambar: Noratiqah Nordin

Tips Menyediakan Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Senang bukan resepi ini? Rupanya isi ikan goreng yang buat resepi ini lebih ‘terangkat’. Lepas ini, apa kata kita cuba buat resepi sambal ikan bilis untuk dimakan bersama-sama dengan nasi goreng. 


Dapatkan lebih banyak resipi menarik di SINI!