KelabMama

Resepi Nasi Daging Viral & Air Asam Kerisik Terlajak Sedap! Suap Sekali, Nak Lagi & Lagi

Hari-hari menu simple, mesti dah naik bosan kan? Jom tukar hidangan ke menu special pula iaitu resepi nasi daging utara dan air asam kerisik yang power rasanya ini!

Apatah lagi kalau nasi daging tersebut dinikmati dengan sup daging serta air asam kerisik yang pekat dan memikat rasa.

Tak perlu banyak bahan pun untuk dapatkan nasi yang lembut dan penuh rasa. Macam resepi nasi daging yang Mama Siti kongsikan dekat bawah ini, pasti Mama akan berpuas hati dengan hasilnya. Jom cuba!

Resepi Nasi Daging Yang Terlajak Sedap

Resepi Nasi Daging

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

1. Mula-mula Mama cuci sehingga bersih daging yang telah dipotong.

Kredit gambar: resep.madreview.net

Kemudian, rebus daging tersebut bersama dengan rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging benar-benar empuk dan simpan air rebusan daging untuk digunakan semasa masak nasi nanti.

2. Seterusnya, Mama basuh beras dan toskan airnya.

Kredit gambar: Facebook @Buku Resepi Online

Tumis halia, rempah 4 beradik serta bahan hirisan yang lain di dalam periuk nasi sehingga naik bau. Masukkan beras yang telah dibasuh sebentar tadi dan kacau sebentar.

3. Kemudian, masukkan pula air rebusan daging dan susu cair berpandukan sukatan yang telah diberikan di atas.

4. Setelah itu, masukkan pula daging yang telah direbus dan perisakan dengan garam. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi sudah masak. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Air Asam Kerisik

Bahan-bahan:

Cara-cara masak:

1. Mula-mula Mama kisar cili merah, cili padi, separuh tomato, bawang, belacan dan sedikit air.

Kredit gambar: Facebook @Buku Resepi Online

Kemudian campurkan semua bahan yang telah dikisar tadi dengan hirisan bawang dan juga tomato. Gaul sebati semua bahan dan tambahkan gula, garam, air perahan limau nipis dan juga kerisik. Siap untuk dihidangkan.

Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat

Berikut merupakan cara untuk lembutkan daging dengan berkesan iaitu:


Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.