KelabMama

Resepi Nasi Dagang Versi Terengganu. Mudah Je Sebenarnya Nak Buat di Rumah Sendiri!

Siapa kat sini suka makan nasi dagang? Favourite Mama Siti tau! Kadang-kadang kita mesti nak makan nasi dagang dan teringin untuk buat sendiri. Nasi Dagang selalunya ada dua resepi: Nasi Dagang Kelantan & Resepi Nasi Dagang Terengganu.

Untuk entri kali ini, Mama Siti nak kongsikan resepi nasi dagang Terengganu dengan ikan tongkol yang sedap dan menyelerakan!

Sebelum itu, jom Mama Siti terangkan sedikit mengapa untuk resepi nasi dagang, Terengganu mahupun Kelantan, mesti disediakan dengan iakn tongkol.

Kenapa eh ada nasi dagang ikan tongkol dia warna hitam, gelap dan ada yang berwarna putih?

Ikan Tongkol Hitam VS Ikan Tongkol Putih

Kredit gambar: Umpan

Mama Siti ada soalan untuk Mama, Mama lebih suka ikan tongkol hitam ke putih? Ke Mama taktahu pun ada beza? Ya, sebenarnya ada beza antara dua ikan ni!

Ikan tongkol hitam sirip dia lebih panjang, isi ikan ini lebih lembut dan harganya lebih mahal. Manakala, ikan tongkol putih pula siripnya pendek, kulit dia lebih berkilat, isi ikan ini lebih keras!

Untuk pelajari lebih lanjut tentang jenis ikan, Mama boleh baca artikel ini.

Beras juga memainkan peranan dalam kelazatan nasi dagang Mama tau! Selalunya akan dicampur beras biasa dan beras pulut. Baru lah ori seperti gerai nasi dagang!

Untuk resepi ini, Mama Siti bahagikan pada dua bahagian, cara memasak nasi dan cara memasak ikan tongkol.

Mama juga boleh buat acar, baru lah complete kan hidangan Mama! Selepas ini breakfast Mama menjadi lazat dengan nasi dagang Terengganu buat di rumah sahaja, Mama!

Buat la pada hujung minggu boleh makan ramai-ramai dengan keluarga, barulah ada kemanisan luangkan masa bersama.

Selamat mencuba~

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Kredit gambar: Facebook Fazilah Idris

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Untuk Nasi

Cara Memasak Nasi

  1. Rendam beras sekurang-kurangnya selama 3 jam, kemudian kukus nasi sehingga naik wap.
  2. Angkat dan gaulkan dengan air hingga rata dan nampak masak sekata.
  3. Kukus nasi kali kedua bersama-sama bawang, halia dan halba diletakkan di bahagian atas.
  4. Sediakan santan yang telah dimasukkan garam dan gula.
  5. Apabila kukusan naik wap, angkat nasi dan gaulkan dengan santan.
  6. Kukus sekejap sekali lagi supaya santan serasi dengan nasi dan tak cepat basi.
Kredit gambar: Facebook Fazilah Idris

Bahan-Bahan Untuk Gulai

Tumis asing kemudian campur sekali:

Cara Memasak Gulai Ikan Tongkol

  1. Rebus ikan bersama asam keping (3-4 keping), sedikit hirisan lengkuas, garam dan nisan secukupnya.
  2. Setelah air rebusan hampir kering tutup api.
  3. Keluarkan asam keping.
  4. Masukkan semua campuran bahan yang dikisar, santan dan air (hidupkan api).
  5. Kacau hingga mendidih, kecilkan api.
  6. Panaskan minyak dan tumis cili hingga masak.
  7. Tuangkan tumisan cili tadi ke dalam gulai.
  8. Kacau seketika dan masukkan cili hijau/merah.

Resepi Nasi Dagang Terengganu Mama sudah siap! Mudah je kan? Jom try resepi ayam goreng berempah pula!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikanĀ DI SINI.