KelabMama

Viral Nasi Claypot, Ini 3 Resepi Mudah untuk Mama Masak Nasi Ayam Claypot

resepi nasi ayam claypot

Sekarang tengah viral nasi claypot kan, jadi apa kalau Mama masak sendiri je dekat rumah. Lebih sedap dan yang pasti halal dari air tangan Mama.

Jom tengok resepi yang Mama Siti kongsikan ni ada tiga versi resepi nasi claypot yang berbeza. Lunch nanti boleh lah Mama masakkan untuk keluarga nanti.

Resepi Nasi Ayam Claypot yang Halal

Nasi Ayam Claypot Versi 1

Bahan-bahan

Bahan tambahan:

Cara Penyediannya

Untuk perapan ayam:

  1. Mama campurkan kesemua bahan bertanda (*) untuk perapkan dulu ayam.
  2. Bila dah rata semua bahan, Mama masukkan tepung jagung dan 1 sudu minyak.
  3. Perapkan kan ayam sekurangnya 30 minit dan keatas.

Untuk bahan tambahan:

  1. Mama goreng cheese sausage dan ikan masin dulu sehingga masak sebelum masukkan dalam claypot.

Untuk nasi:

  1. Rendamkan beras dengan air selama 5 minit.
  2. Bila dah siap rendam, buang air rendaman kemudian masukkan 300 ml air.
  3. Kemudian, Mama masak beras sehingga air menjadi kering dalam 5 minit dan tutup api.
  4. Mama masukkan minyak 1 sudu dikeliling claypot.
  5. Mama masukkan pula perapan ayam tadi atas nasi. Masukkan juga bahan tambahan yang digoreng tadi.
  6. Buka semula api dan masak selama 1 minit 30 saat.
  7. Sekarang tutup semula api selama 1 minit 30 saat.
  8. Mama ulang buka dan tutup api sebanyak 3 kali.
  9. Bila kali keempat Mama buka api biasa selama 1 minit 30 saat dan tutup api, masukkan daun bawang dan daun ketumbar.
  10. Mama tutup semula tudung masukkan selama 6 minit.
  11. Siap untuk dihidang.

Nota: Mama boleh tambahkan lagi kicap pekat kalau nak ayam lebih hitam.

Kredit resepi: Richard

Nasi Ayam Claypot Versi 2

Bahan-bahan

Cara Penyediaannya

Untuk masak ayam:

  1. Mama panaskan kuali, selepas tu masukkan minyak masak untuk menumis.
  2. Masukkan bawang putih, halia, masukkan sedikit minyak bijan dan cili kering.
  3. Bila dah bau wangi, Mama masukkan ayam dan Mama kacau sampai ayam hampir masak.
  4. Bila ayam dah masak, tambahkan sos tiram, kicap lemak manis dan kicap pekat.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan cendawandan tambahkan air sedikit.
  7. Tambahkan sedikit lada putih dan lada hitam.
  8. Kacau lagi, Mama biarkan ayam sehingga betu-betul masak.
  9. Mama masukkan tepung jagung dan minyak bijan.

Untuk nasi dan ayam

  1. Panaskan claypot.
  2. Masukkan beras dan air ikut sukatan beras yang Mama gunakan.
  3. Bila nasi dah ngelegak, kacau sedikit. Mama tutup semula penutup dan perlahankan api seperti masak nasi biasa.
  4. Selepas nasi dah siap masak, Mama masukkan ayam tadi sedikit, kemudian gaulkan bersama nasi.
  5. Tambahkan lebihan ayam tadi atas lapisan nasi dan tutup dengan penutup.
  6. Mama biarkan sampai nasi dan ayam betul-betul masak dan sebati.
  7. Bila dah masak, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Kredit resepi: Chef Kamarul

Nasi Ayam Claypot Versi 3

Kredit Gambar: Ajinomoto Malaysia

Untuk resepi ini masak nasi ayam claypot dalam rice cooker. Jadi kalau Mama tak ada claypot jangan risau, boleh je gunakan rice cooker.

Bahan-bahan

Cara penyediaannya

Untuk perapan ayam:

  1. Mama campurkan semua bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan separuh perapan ke atas ayam untuk diperap. Separuh lagi simpan untuk dituang dalam nasi.
  3. Masukkan bawang putih, halia, serbuk perasa dan garam.
  4. Masukkan juga tepung jagung dan gaul ayam sehingga sebati.
  5. Perap ayam selama 1 jam atau 2 jam. Lebih lama Mama perap lebih baik.

Untuk masak nasi:

  1. Mama basuh dulu beras.
  2. Tambahkan peanut oil dalam nasi.
  3. Masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi dah masak, tambahkan ayam yang diperap tadi.
  5. Masukkan ikan kering ke dalam nasi.
  6. Masak lagi sekali sehingga nasi dan ayam masak.
  7. Selepas dah nasi dan ayam masak, Mama asingkan tulang ikan kering tadi.
  8. Masukkan lebihan sos perapan tadi ke dalam nasi.
  9. Gaul sehingga sebati.
  10. Hiaskan dengan daun bawang dan cili potong.

Nota: Kalau guna rice cooker biasa, bila nasi dah hampir masak, Mama masukkan ayam terus sehingga ayam masak.

Kredit resepi: Sherson Lian

Selamat mencuba resepi nasi ayam claypot!


Mama nak cuba buat resepi laksa penang ikan sardin? Klik di SINI.