KelabMama

Resepi Nasi Arab Bukhari Ayam, Menu Mudah Yang Membangkit Selera!

resepi nasi arab

Kredit gambar: www.taystit.com

Resepi nasi arab mendengar namanya sahaja mungkin menyebabkan kita berasa menu ini sangat renyah untuk disediakan dan memerlukan banyak bahan apatah lagi untuk Mama yang baru pertama kali belajar memasak. Sebenarnya, resepi ini tidaklah mengambil masa yang lama dan memerlukan bahan yang sukar.

Mama masih boleh menyajikan sendiri makanan ini di rumah bagi menjimatkan kos serta masa menunggu berpandukan resepi yang Mama Siti kongsikan di bawah ini.

Bagi Mama-mama yang masih lagi belum arif mengenai dunia masakan ini, boleh ikut langkah demi langkah yang Mama Siti ajarkan di bawah. Hasilnya nanti pasti akan memuaskan hati.

Jom lihat cara memasak nasi arab di bawah ini!

Resepi Nasi Arab Bukhari Ayam

Bahan-bahan

Bahan untuk hiasan nasi:

Bahan Perapan Ayam:

Cara Memasak

#1. Rendam beras basmathi selama 30 minit kemudian toskan airnya. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, dan bahan yang telah dikisar sehingga keperangan dan naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian masukkan rempah Bukhari, serbuk kunyit, kiub pati ayam, dan tomato. Masak lebih kurang sepuluh minit.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Selepas itu masukkan ayam dan air.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Seterusnya, masukkan lobak merah, daun ketumbar, dan garam dan biarkan ia mereneh selama 15 minit. Setelah ayam masak, angkat ayam dan ketepikan.

#5. Lumurkan bahan-bahan perapan ayam di seluruh bahagian ayam yang direbus tadi dan kemudian bakar ayam tersebut di atas pemanggang ajaib.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Masukkan beras dalam periuk nasi. tuang air rebusan ayam dan masak nasi seperti biasa.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Gemburkan nasi selepas 10 minit ia masak. Kemudian masukkan ayam ke dalam nasi. Letakkan arang yang telah dibakar dan dibungkus menggunakan aluminium foil yang disapu minyak dan letak di atas nasi. Biarkan lebih kurang 10 minit.

Resepi Sos Salata

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

Cara membuat sos salata:

#1. Kisar kesemua bahan sehingga lumat, masukkan ke dalam bekas.

Resepi Sayur

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

Cara menyediakan sayur:

#1. Potong kesemua bahan berbentuk dadu, masukkan kedalam bekas dan gaul rata bersama daun ketumbar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mama memasak nasi arab yang sedap dan lazat.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!