KelabMama

Resepi Sihat & Berkhasiat Untuk Orang demam

Selalunya orang demam tidak mempunyai selera untuk makan. Walau bagaimanapun orang demam tetap perlu makan agar dapat pulih dengan cepat, selain makanan juga dapat memberikan tenaga.

 

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan demam. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Manakala daging ayam juga merupakan sumber protein untuk memberikan kita tenaga yang penting. Makanan ini mudah untuk disediakan dan lazat dimakan panas ketika demam.

 

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

 

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Jika anda malas untuk membuat sup, ikan juga boleh dimasak dengan perlbagai jenis masakan. Yang penting, ia mempunyai khasiat  yang baik untuk orang yang kurang sihat.

 

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti salad roket (arugula) dan kale atau juga dipanggil ‘borecole’ , sejenis kubis berwarna hijau dan jarang ditemui di pasaran. Sayuran tersebut  mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Resepi sup sayur ini sangat mudah disediakan dan tidak rumit. Selain itu, lobak juga mempunyai zat yang tinggi .

 

Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema.

 

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan ketika anda diserang selesema. Selain itu, anda juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam.

 

 

 

 

 

Sumber: Internet