KelabMama

Resepi ‘Lotus Biscoff Cheesecake’ Viral Tanpa Oven!

Mama mesti ingat lagi masa PKP dahulu, macam-macam hobi kita cuba, try resepi baru dan antaranya ialah Lotus Biscoff Cheesecake ni! Viral hebat kek ni sampai cream cheese habis stok dan harga Lotus Biscoff jadi mahal! Haa, ni semua sebab demand yang tinggi.

Kalau di pasaran, harganya agak mahal jadi apa kata Mama dan Papa sama-sama bake kek ni? Mana tahu boleh buat business sama-sama kan? 

Nak tahu macam mana nak buat Lotus Biscoff Cheesecake yang rasa premium dan creamy ni? Jom baca cara-caranya!

Resepi ‘Lotus Biscoff Cheesecake’

Kredit Foto: Cleo Buttera

Bahan-Bahan

Cara Memasak

Lapisan Bawah:

  1. Pertama sekali kita kena buat lapisan bawah kek. Hancurkan biskut biscoff dan cairkan mentega
  2. Gaulkan biskut dengan mentega yang telah dicairkan
  3. Setelah sebati, masukkan di dalam loyang dan leperkannya
  4. Sejukkannya sementara membuat adunan cream cheese kek

Adunan Kek:

  1. Asingkan 260g spread lotus biscoff untuk adunan cheese dan 140g baki untuk hiasan/topping
  2. Masukkan 260g spread lotus biscoff 
  3. Selepas tu, gaulkan bersama 500g cream cheese, 32g gula aising dan secubit garam
  4. Pukul 1 cawan whipping cream sampai kental
  5. Gaul sebati bersama adunan cheese
  6. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan selama 5 jam! (minimum tau!)

Lapisan Atas/Topping

  1. Keluarkan kek yang telah disejukkan selama 5 jam tadi
  2. Cairkan spread 140g spread lotus biscoff
  3. Isikan spread lotus biscoff dalam piping beg 
  4. Paipkan di tepi kek dan bahagian tengah supaya dapatkan ‘effect dripping’!
  5. Sejukkan 10 minit dan taburkan serbuk cookies

Dah siap! Senang je kan? Mama Papa boleh lah buat dengan anak-anak atau keluarga. Rasa kek ni buat semua orang nak tambah tau!

Sekarang, tak perlu pergi ke kedai kek atau kafe untuk makan Lotus Biscoff Cheesecake pun, sebab boleh buat di rumah tanpa oven. Apa tunggu lagi? Selamat mencuba!