KelabMama

3 Idea Resepi Lontong untuk Open House Raya Rumah Mama

resepi lontong untuk raya

Open house raya nanti apa kata Mama hidangkan lontong untuk tetamu? Menu ini pun salah satu menu famous jugak time raya. Lagi pun lontong ada banyak jenis tau Mama. Jom tengok resepi untuk masak lontong ni.

#1 Lontong Goreng Johor

Kredit Gambar: Ajinomoto Malaysia

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mama panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan udang kering sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram kemudian tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan dada ayam dan pecahkan telur. Kemudian masukkan nasi impit, sayur sawi dan lobak merah.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati. Elakkan gaul terlalu lama supaya nasi impit tidak terlalu lembik.
  5. Masukkan serbuk perasa atau garam secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Resepi: Miss Mynah

#2 Lontong Kering atau Lontong Darat + Rendang Ayam

Kredit Gambar: Burpple

Nasi Impit

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula sekali Mama basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau ricecooker.
  2. Mama masakkan nasi macam biasa.
  3. Apabila nampak nasi telah kering masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan daun pisang.
  4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
  5. Lapikkan semula dengan daun pisang dan tindihkan dengan bahan yang berat saperti lesung batu atau periuk kecil yang berisi air.
  6. Biarkan semalaman atau 5-6 jam.
  7. Apabila sudah sejuk, potong dan hidangkan dengan kuah kacang.

Resepi Ayam Rendang

Kredit Gambar: Ajinomoto Malaysia

Bahan-bahan

Bahan Kisar

Cara penyediaan:

  1. Mama bersihkan ayam dan potong kecik. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Mama gaulkan ayam dengan garam dan kunyit lalu gorengkan 3/4 masak. Setelah masak, Mama ketepikan dulu.
  3. Tumiskan empat sekawan. Mama masukkan semua bahan-bahan yang telah Mama kisarkan ke dalam kuali besar bersama serai yang dititik. Mama tumis hingga garing dan harum.
  4. Kemudian, Mama masukkan santan.
  5. Masukkan gula Melaka dan biarkan ia cair lalu masukkan  asam keping , kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah mendidih, Mama masukkan ayam tadi,
  7. Mama masak dengan api sederhana sehingga ayam jadi lembut dan kuahnya pekat.
  8. Siap untuk dihidang bersama lontong Mama.

Resepi: SAJI.MY

Nota: Sekiranya tiada daun pisang, gantikan dengan plastik biasa.

#3 Kuah Lodeh Lontong

Kredit Gambar: YouTube The Meatmen Channel lontong sayur

Bahan-bahan

Bahan Kisar Halus

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulit.
  2. Mama panaskan tiga sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian Mama tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  8. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong untuk melengkapkan hidangan lontong Mama.

Resepi: Che Nom

Nota: Mama Siti cadangkan Mama guna kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup dapat menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh Mama.

Senang je kan Mama resepi lontong ni, kalau Mama buat lontong goreng tu pun sedap jugak, jarang Mama Siti jumpa lontong goreng kalau ada pun confirm habis dulu.

Selamat mencuba Mama!


Dapatkan lebih banyak resepi-resepi menarik di SINI.