KelabMama

Edisi Raya: Lebih 10 Resepi Kuih Raya Menarik Untuk Mama Cuba Tahun Ini!

Kredit gambar: Facebook

Bila dah sibuk-sibuk dengan Ramadan ni, jangan lupa pula juadah hari Raya! Terdapat pelbagai resepi menarik untuk kuih raya kali ini.

Mari kita lihat resepi apa Mama boleh cuba tahun ini!

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Kacau sebati mentega, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian, masukkan tepung jagung dan tepung gandum, sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan adam, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu mentega/planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh.
  5. Selepas itu, nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh.
  6. Kedudukan adunan, jarakkan sikit kerana biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  7. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160°c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing (api atas bawah).

Nota: Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Nota: Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Kredit Resepi: dapurciktom

Resepi Biskut Arab Suji

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Campur semua bahan kecuali tepung susu. Uli sampai tak melekat kt tangan. *Kalau lembik tambah tepung gandum.
  2. Bahagikan pada 3 bahagian.
  3. 1 bahagian letak pewarna merah.
  4. 1 bahagian letak pewarna hijau.
  5. Uli lagi sampai warna sekata. Siap uli ambik secubit adunan tadi bulat kan.
  6. Bakar pada suhu oven masing-masing. Dalam 15/20 minit macam tu.
  7. Siap bakar, tunggu biskut suam-suam sejuk dulu. Sebab biskut ni lembut sangat kalau panas-panas nanti hancur.
  8. Selapas itu, baru golek-golek dalam susu tepung.

Kredit Resepi: Resepi Sedap

Resepi Cornflakes Rangup

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi. Setelah itu, masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg diramas dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
  4. Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit Resepi: resepi aqilah

Resepi Biskut Kelapa

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Putar gula, mentega & telur hingga kembang.
  2. Masukkan tepung & uli hingga sebati.
  3. Masukkan kelapa sanggai & gaul rata.
  4. Terap & sapu kuning telur di atas.
  5. Bakar suhu 160°C selama 20 minit dan siap!

Kredit Resepi: loyang & acuan

Resepi Biskut Semperit

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Kacau mentega, gula, telur, & esen vanilla. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.
  2. Masukkan semua jenis tepung, sedikit-sedikit & uli hingga jadi doh.
  3. Terap menggunakan acuan semperit, dan hias dengan ceri merah.
  4. Akhir sekali, bakar pd suhu 180°C api atas bawah selama 15-20minit.

Nota:

  1. Sukatan 1 cawan = 100gm
  2. Warna tepung kastard memainkan peranan kepada keserian biskut.
  3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar, letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit.

Kredit Resepi: Siti Hajar Hashim

Resepi Chocolate Marble Bar

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan Lapisan Bawah

Bahan-Bahan Lapisan Atas

Cara-Cara

  1. Tuang lapis coklat yang telah dicairkan atas lapisan bawah tadi. Ratakan.
  2. Selapas rata, tuang coklat putih diatas lapisan coklat dan lakar-lakarkan.
  3. Letak dalam fridge selama 1 jam.
  4. Selapas dah sejuk baru potong.

Kredit Resepi: Resepi sedap

Resepi Banana Cookies

Kredit gambar: Facebook

Bahan A

Bahan B

Cara-Cara

  1. Kacau kesemua bahan A dengan menggunakan senduk.
  2. Ayak kesemua bahan.
  3. Masukkan ke dalam bahan A.
  4. Uli sampai jadi doh (kalau nak doh sama besar, timbang doh 10-15 gm setiap satu)
  5. Masukkan inti kacang tanah yang telah dicampur dengan gula.
  6. Bentukkan doh seperti pisang.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit.

Bahan Coklat

Cara-Cara Sediakan Coklat

  1. Masak coklat guna kaedah double boil.
  2. Celup biskut satu-satu ke dalam coklat.
  3. Bila coklat dah keras, baru sapu coklat gelap.

Kredit Resepi: Resepi Sedap

Resepi Almond Rocher

Kredit gambar: Facebook

Bahan A

Bahan B

Bahan Hiasan

Cara Memasak:

  1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
  2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
  4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
  5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150°C.
  6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat cair di atasnya.

Kredit Resepi: Resepi sahur 30 hari

Resepi Love Hunter Cookies (Mini Chipsmore)

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan baking soda.
  2. Pukul mentega, gula halus dan gula perang hingga lembut dan sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak.
  5. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  6. Masukkan badam dan juga chocolate chip. Gaul hingga sebati.
  7. Panaskan oven pada suhu 180°C. Ambil satu sudu kecil adunan kemudian bubuh diatas tray. Leperkan sedikit. Tabur sikit chocolate chip di atas. (taknak tabur pun tak apa)
  8. Kemudian bakar selama 20 minit, dan siap.

Nota: Bagi yang suka warna gelap, boleh gantikan 30g serbuk koko kepada 10g black coco powder + 20g serbuk koko.

Kredit Resepi: Aznie Khasri

Resepi Tart Cadbury Melting

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

Kredit Resepi: Azlina Ina

Resepi Swiss Nutella Almond

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan

Cara-Cara

  1. Satukan dulu semua bahan kecuali tepung-tepung. Kacau sampai sebati guna senduk atau mixer.
  2. Dah sebati masukkan sikit-sikit semua jenis tepung.
  3. Tambahkan coklat rice dan boleh uli-uli ikut keselesaan dan nak tekan nanti boleh ambil sikit adunan macam nak buat semperit dan bentukkan seperti bunga.
  4. Tabur kacang badam nips yang dah dibakar.
  5. Dah siap semua masukkan ke dalam oven dengan suhu 170°C selama 25-28 minit.

Kredit Resepi: Azlina Ina

Resepi Biskut Coklat

Kredit gambar: Facebook

Bahan-Bahan:

Cara-Cara

  1. Kacau mentega & kuning telur, guna senduk sahaja.
  2. Kemudian, masukkan gula halus & esen vanila. Kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum sikit-sikit. Tambah kalau adunan lembik tapi jangan sampai keras sangat. Sederhana agar tak lekat kat tangan dan uli sebati.
  4. Tekap adunan. Sapu telur putih & tabur coklat rice/lain-lain untuk hiasan.
  5. Kemudian bakar suhu 160°C dalam 30 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Kredit Resepi: Resepi popular

Resepi Kuih Batang Buruk Kulit Popia

Kredit gambar: Facebook

Bahan

Cara-Cara

  1. Gulung kulit popia. Potong ikut saiz yang korang nak. Kemudian goreng.
  2. Campurkan gula, tepung kacang hijau dan susu tepung.
  3. Gaul sebati bersama kulit popia yg telah digoreng tadi.
  4. Nak lagi senang, masukkan dalam balang besar dan goncangkan. Siap.

Kredit Resepi: Dapur sweetoren

Resepi Strawberry Fingers

Kredit gambar: Facebook

Bahan A

Bahan B (Diayak)

Bahan Untuk Hiasan

Cara-Cara

  1. Pukul semua bahan A hingga kembang, kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Kalau doh tu terlalu lembut/lembik cuma tambahkan tepung gandum sahaja.
  3. Ambil doh kemudian canai dan terapkan dengan acuan yang disukai. Bakar dan sejukkan biskut.
  4. Sementara menunggu biskut sejuk boleh cairkan coklat masakan pink secara double boil dan celupkan biskut.
  5. Kemudian golekkan biskut ke dalam serbuk roti.
  6. Biarkan sehingga coklat mengeras dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit Resepi: Shila Qaisara