KelabMama

Resepi Rahsia Ketupat Sotong Terengganu – Satu Mangkuk Tak Cukup!

resepi ketupat sotong Terengganu

Mama Siti ingatkan kalau nak masak resepi ketupat sotong Terengganu ni dengan menggunakan santan agak susah. Yalah, kalau salah cara, jadi tak sedap pula rasanya.

Tapi itu semua silap rupanya sebab kalau nak masak resepi ketupat sotong Terengganu ini mudah dan ringkas sahaja. Nasib baiklah jumpa resepi daripada saudara Wan Luqman di Facebook milik beliau.

Tak perlu banyak bahan, tak perlu guna banyak kuali atau periuk. Cukup satu dah boleh sediakan resepi ini. Keunikan ketupat sotong Terengganu berbanding ketupat sotong Kelantan ialah dari segi warnanya.

Versi negeri Kelantan berwarna merah atau coklat dan versi Terengganu kuahnya berwarna putih. Mari kita lihat apa pula resepi rahsia daripada saudara Wan Luqman ini.

Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Resepi oleh: Wan Luqman

Bahan-Bahan

Cara-Cara

#1 Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ketupat sotong Terengganu. Cuci sotong dan beras pulut. Kemudian saringkan berasa pulut untuk mengeluarkan lebihan air.

Kredit gambar: Wan Luqman

#2 Pertama sekali, kita perlu hiris halus bawang merah dan halia.

Kredit gambar: Wan Luqman

#3 Langkah seterusnya, gaulkan beras pulut dengan sedikit santan dan terus masukkan ke dalam perut sotong. Sematkan lidi di hujung sotong supaya pulut tidak melimpah keluar ketika dimasak.

Kredit gambar: Wan Luqman

#4 Selepas itu, panaskan santan dan masukkan sotong. Tidak dilupakan untuk masukkan sekali halba, bawang merah dan halia yang dihiris awal tadi. 

Kredit gambar: Wan Luqman

#5 Apabila santan sudah agak menggelegak, perasakan dengan garam dan gula dan kacau hingga kesemua rasa itu menyatu.

Kredit gambar: Wan Luqman

#6 Tibalah masa untuk kita pastikan samada pulut dalam sotong telah sempurna dimasak atau belum. Caranya, cucukkan lidi ke perut sotong. Jika masih ada rasa keras dari beras pulut itu, bermakna pulut belum masak dan perlu tunggu beberapa minit lagi. 

Kredit gambar: Wan Luqman

#7 Ketupat sotong Terengganu kita sudah siap masak dan sedia dihidangkan. Tutup api dan hidangkan ketupat sotong ke dalam mangkuk.

Kredit gambar: MyResipi

Tips Memasak Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Sekarang Mama dah tak perlu bimbang kalau nak masak resepi ini pakai santan. Jadikan resepi ketupat sotong Terengganu ini sebagai latihan memasak menggunakan santan.

Kalau nak cuba lagi resepi santan, Mama cuba masak resepi ayam masak lemak cili api dari Negeri Sembilan ini. Wah, banyak nya resepi. Mama jangan lupa cuba tau. Mama Siti sokong dari belakang!


Dapatkan lebih banyak resepi masakan di SINI!