KelabMama

“Aroy Mak” (Sedap Sangat!) Resepi Kerabu Sotong Ala Masakan Thai Ini

“Mama Siti, macam mana resepi kerabu sotong? Bahan-bahannya nak letak apa?”

Kali ini Mama Siti nak kongsikan resepi Kerabu Sotong Ala Thai yang pasti sedap. Bahannya ringkas dan cara menyediakannya juga mudah. Menu yang satu ni memang lengkap dengan kombinasi masam, manis, masin dan pedas. Boleh membuka selera sesiapa sahaja. 

Jom kita mulakan.

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Kredit gambar: Facebook @Afy AL Habibi

Resepi oleh: Afy Al Habibi

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Bersihkan sotong dan hiriskan secara membulat.
Kredit gambar: Rasa.my
  1. Celur dalam air panas dan toskan.
  2. Siapkan bahan hirisan seperti mempelam, lada benggala, bunga kantan dan lobak merah.
  1. Di mangkuk yang lain, campurkan 2 sudu kicap sotong, 1 sudu sos tiram, ¾ gula perang, jus lemon dan ⅓ garam.
  1. Setelah digaul rata, tambahkan serbuk lada hitam dan chili flakes. Masukkan kesemua bahan hirisan dan sotong.
  1. Gaulkan sekata dan kerabu sotong sudah siap untuk dihidangkan.

Petua Masak Kerabu Sotong

Wah, resepi kerabu sotong ala thai kita dah siap untuk dinikmati. Yang perlu dicelur cuma sotong sahaja, bahan yang lain cukup sekadar cuci bersih dan dihiriskan. 

Bukan main senang kan, campurkan sahaja semua bahan sekali. Tak perlu bersusah payah nak gunakan pelbagai teknik masakan. 

Oh ya, lagipun menu ni salah satu menu sihat. Untuk Mama yang sedang diet, boleh cuba menu ini ya.