KelabMama

Sukatan Cawan, Guna ‘Blender’ – Resepi Kek Pisang Kukus Paling Mudah Abad Ini!

Teringin nak makan kek, tapi buat kek selalu banyak kerja nak buat. Sampai berkecah dapur rumah. Tak seronok kan.

Nasib baik ada resepi kek pisang kukus dari Nor Izzati yang gunakan sukatan cawan dan blender sahaja untuk buat kek pisang kukus.

Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan (Diayak)

Bahan-bahan Kisaran (Blend)

Bahan-bahan Kek

Cara-cara

#1 Sediakan bahan-bahan untuk dikisar seperti 3 biji telur, 1 sudu teh esen vanila, 1 cawan gula, 1 cawan minyak masak dan 1 cawan atau 10 biji pisang. Kisarkan semua bahan-bahan hingga pisang betul-betul hancur dan sebati. 

#2 Selepas itu, tuangkan bahan kisaran tadi ke dalam bekas. Kemudian, sediakan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh baking powder dan 2 sudu soda bikarbonat. 

Kredit gambar: Nor Izzati

#3 Masukkan bahan-bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang telah dituangkan bahan kisaran. Gaul semua bahan-bahan hingga merata dan sebati. 

Kredit gambar: Nor Izzati

#4 Seterusnya, tuang bahan-bahan itu ke dalam loyang yang telah diletakkan marjerin dan rehatkan sebentar iaitu kira-kira 15 minit.  

Kredit gambar: Nor Izzati

#5 Sediakan tempat mengukus dan kukus hingga kek masak. 

Kredit gambar: Nor Izzati

Tips Menyediakan Resepi Kek Pisang Kukus

Sekarang, tak leceh lagi nak buat kek piasng kukus. Ada cawan, ada blender. Dah siap!

Alang-alang buat kek, apa kata kita cuba resepi minum petang lain pula. Selamat menjamu selera.


Dapatkan resepi-resepi yang menyelerakan yang lain di SINI.