KelabMama

Resepi Kari Ikan Merah Bersantan Yang Paling ‘Simple’ Tapi Rasa Padu

Kita ni kalau boleh apa-apa benda pun nak cepat termasuklah memasak. Jadi kali ini, Mama Siti jumpa satu resepi paling cepat nak buat kari kepala ikan dari Facebook Wan LuQman .

Barang masakan pula kebanyakkannya memang sedia ada di dapur rakyat Malaysia. Tinggal nak beli kepala ikan dan sayuran sahaja.

Jom, kita tengok cara buat resepi kari kepala ikan.

Resepi Kari Ikan

Kredit gambar: cookpad.com

Resepi oleh: Wan LuQman 

Bahan-bahan

Bahan-bahan Tumisan

Cara-Cara

#1 Siang kepala ikan dengan membuang insangnya. Kemudian, basuh bersih hingga hilang bau hamis.  Di samping itu, sediakan juga bahan-bahan lain untuk mempercepat proses memasak.

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman 

#2 Sediakan kuali dan panaskan minyak dengan api sederhana. Selepas itu, masukkan bahan-bahan tumisan sehingga garing atau naik bau. 

Bahan tumisan seperti 4 sekawan, halia, bawang merah dan bawang putih hendaklah dihiris terlebih dahulu. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman 

#3 Seterusnya, masukkan 1 paket serbuk rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan i sudu kecil serbuk cili dalam satu mangkuk dan tuangkan sedikit air. Kacaukan semua sekali hingga menjadi pes (paste).

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman 

#4 Kemudian, tuang bancuhan pes ke dalam kuali bersama-sama dengan bahan tumisan. 

#5 Jangan lupa masukkan daun kari semasa menumis supaya bau kari lebih menyerlah. Teruskan menumis hingga ianya sedikit garing dan tekstur lebih pekat. 

#6 Selesai menumis, masukkan pula santan ke dalam kuali masakan. Kacau-kacau hingga merata. Kalau Mama suka kari yang kurang pekat, bleh masukkan banyak air untuk mencairkan kuah kari ikan. 

#7 Sekarang, barulah kita akan masukkan bahan utama dalam resepi kari ikan kali ini iaitu kepala ikan merah. Biarkan kari ikan mereneh hingga menggelegak dan perasakan dengan garam untuk melengkapkan rasa. 

#8 Langkah seterusnya, barulah kita masukkan 2 batang bendi, tomato dan 2 cili besar ke dalam masakan. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman 

#9 Biarkan seketika hingga benda agak layu. Kini, resepi kari kepala ikan sudah siap dimasak dan siap dihidangkan. 

Kredit gambar: Facebook/ Wan LuQman 

Tips Menyediakan Resepi Kari Ikan

Selalu orang ingat benda yang senang nak buat ni rasanya pun kurang sedap. Mama Siti harap resepi kali ini dapat menepis stigma itu sebab resepi kari ikan kita ni rasa dia padu tau.

Sama macam resepi laksa Sarawak dari pes Haji Manan ni. Walaupun mudah nak buat tapi rasanya tidak mengecewakan.

Jangan lupa cuba resepi kari ikan yang Mama Siti kongsikan kali ini ya.


Dah bosan masak menu sama setiap hari? Lihat di SINI untuk lebih inspirasi.