KelabMama

Resepi Kailan Ikan Masin Chinese Style Yang Sedap Terangkat!

Biar Mama Siti teka. Mama cari resepi ini sebab selalu makan dekat restoran Thai kan? Ataupun sebab teringin nak rasa air tangan sendiri. Mana tahu menjadi macam dekat restoran. 

Tapi kali ini Mama nak cuba sendiri cara masak resepi Sayur Kailan Ikan Masin ni, tapi dengan sedikit twist, iaitu seperti gaya masakan kaum Cina.

Sebenarnya, menu kailan ikan masin bukan sahaja sinonim dengan makanan di restoran Thailand, tetapi, resepi Kailan Ikan Masin ini juga merupakan antara masakan utama orang Cina. Mudah je cara nak sediakan resepi ini Mama. Orang kata campak-campak pun dah jadi.

Jom kita mula memasak.

Resepi Kailan Ikan Masin

Kredit gambar: Ameera

Resepi oleh: Che Nom

Bahan-Bahan

Cara Memasak

1. Tumbuk kasar 3 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili padi.

2. Potong sayur kailan kepada bahagian-bahagian kecil.

3. Selepas itu, potongkan setengah mangkuk ikan masin. 
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.

5. Seterusnya, masukkan ikan masin bersama batang kailan dan kacau rata.

6. Tambahkan 3 sudu besar sos tiram dan 1 sudu kecil kicap manis.

7. Taburkan bawang holland yang dihiris dan daun kailan.

8. Bancuhkan satu sudu tepung jagung dan tuangkan ke dalam kuali.

9. Tambahkan sedikit air sebagai kuah dan kacau.

10. Sayur kailan ikan masin siap dihidangkan.

Tips Resepi Kailan Ikan Masin

Rasanya dalam 10 minit pun boleh siap kan kailan ikan masin kita ni. Tinggal lagi bahagian garam dan gula. Bahagian ini, Mama boleh sesuaikan ikut citarasa sendiri. Dan kalau nak pedas lagi, Mama boleh tambah beberapa biji cili padi, itu kesesuaian rasa Mama, suami dan anak-anak.

Kalau Mama rasa nak cuba resepi yang lain pula, Mama Siti cadangkan cuba menu ikan patin tempoyak. Mana tahu Mama ada tangan sakti yang buat masakan tersebut jadi sedap sehingga menjilat jari? Haa.

Apa lagi, jangan lupa cuba resepi SAYUR KAILAN IKAN MASIN ini. Selamat mencuba.