KelabMama

9 Resepi Istimewa Khas Untuk Hari Bapa, Lengkap Dari Sarapan Hingga Dessert!

resepi hari bapa

Hari bapa dah dekat! tapi sayang sekali, tidak ramai yang menyambut Hari Bapa jika dibandingkan dengan Hari Ibu. Bapa merupakan seorang ketua keluarga, pembimbing anak-anak dan keluarga.

Seorang bapa juga memerlukan kasih sayang dari isteri dan anak-anak. Kebanyakan para lelaki merasa sunyi, depresi, tertekan, namun ego seorang lelaki lebih memilih untuk memendam segala masalah yang dihadapi.

Hari Bapa adalah masa yang tepat untuk anda mula lebih menghargai bapa anda sebagai seorang lelaki yang telah bertungkus lumus menjaga dan membesarkan kita.

Jadikan hari bapa ini sebagai hari untuk menghargai Papa sebaik mungkin. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menghargai seorang lelaki adalah dengan memasak makanan kegemaran mereka seperti 9 resepi khas untuk Hari Bapa di bawah ini:

9 Resepi Istimewa Khas Untuk Hari Bapa

Cadangan Menu Untuk Sarapan

Nasi Lemak Pandan

Bahan-bahan

Bahan Nasi

Bahan Untuk Dikisar Halus

Bahan Sambal

Bahan Untuk Dikisar Halus

Cara Memasak
  1. Masukkan beras ke dalam Rice Cooker
  2. Santan kotak, halia, bawang besar dan daun pandan diblender. Sebiji bawang besar dihiris kasar. Bahan yang diblender ditapis ke dalam beras yang sudah dibasuh.
  3. Mula masak Nasi
  1. Blender bawang basar, bawang putih, halia, lada kering, dan ikan bilis.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan asam jawa, garam, dan gula melaka secukup rasa.

Hidangkan nasi lemak, sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, dan timun mengikut kreatviti anda dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi: Cookpad Nurulhidayah

Kopi Telur Vietnam

Bahan-bahan
Cara Memasak
  1. Siapkan serbuk kopi Vietnam atau Robusta seperti biasa, atau mengikut citarasa anda.
  2. Masukkan kuning telur bersama dengan gula dan susu pekat manis di dalam mangkuk.
  3. Kacau dengan garfu atau mixer sampai merata hingga adunan mengental dan creamy.
  4. Tuangkan 1/2 cawan kopi ke dalam gelas saji dan tambahkan adunan telur sebagai topping.
  5. Kopi yang tersisa dituangkan lagi ke atas campuran telur dan biarkan meresap melalui telur.
  6. Biarkan selama 3 minit.
  7. Sajikan kopi yang masih hangat.

Kredit Resepi: Detik Food

Makan Tengahari

Nasi Mendy

Bahan-Bahan
Cara Memasak

Rempah Mandy

  1. Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.
  2. Kisar bahan rempah sehingga agak halus.

Nasi mandy

  1. Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut, anggaran 30 minit.
  2. Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.
  3. Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
  4. Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.
  5. Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.

Rebusan ayam

  1. Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.
  2. Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy.
  3. Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.
  4. Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy. Kacau sekata bahan.
  5. Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika.
  6. Bakar ayam pada suhu 180°C – 200°C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.

Sup

  1. Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.
  2. Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar.
  3. Masak sehingga sup mendidih.

Salad

  1. Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
  2. Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar.
  3. Gaul sekata bahan-bahan salad.

Sos

  1. Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.
  2. Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.
Cara-cara untuk Perasa Asap
  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.
  3. Guna bekas tahan panas atau aluminium foil dibentuk seperti mangkuk, dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang.
  4. Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.

Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon. Siap untuk dijamu selera!

Kredit Resepi: Resepi Che Nom

Smoothie Kurma Pisang

Bahan-bahan
Cara Penyediaan
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.
  2. Blend hingga pekat dan sebati.

Kredit resepi: MyResipi

Minum Petang

Youtiao (Cakoi)

Bahan-bahan
Cara Memasak
  1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam. Biarkan 10 minit hingga berbuih.
  2. Masukkan garam dan soda bikarbonate ke dalam tepung. Kemudian masukkan campuran yis tadi.
  3. Uli sebati. Kemudian masukkan minyak.
  4. Uli rata sekali lagi. Rehatkan doh selama 1 jam.
  5.  Selepas 1 jam, canai doh kemudian potong 4 segi panjang. Basahkan lidi/copstick. Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah dipotong 4 segi.
  6. Taburkan tepung gandum sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
  7. Goreng doh dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga garing.
  8. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati!

Kredit Resepi: Rasa.my

Sangkaya

Bahan-bahan
Cara Memasak
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
  2. Letakkan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana.
  3. Kacau sehingga ia mendidih (kacau selalu untuk elakkan kuah berketul-ketul).
  4. Bila dah masak tutup api dan hidangkan!
  5. Lebihan sangkaya boleh simpan di dalam peti sejuk untuk hidangan di lain hari.

Kredit Resepi: Siraplimau

Teh Tarik

Bahan-bahan
Cara Penyediaan
  1. Masukkan serbuk teh dalam bekas (lebih banyak lebih kaw!). Serbuk teh juga boleh dicampur antara jenis dan jenama yang lain mengikut selera masing-masing.
  2. Masukkan 1 1/2 cawan air panas dan biarkan serbuk daun teh merendam. Anda inginkan rasa yang pahit dan warna hitam kemerahan pada tahap ini.
  3. Masukkan 1-4 Sudu susu pekat kedalam cawan. Susu memainkan peranan untuk buih dan rasa manis. Terlampau banyak susu menyebabkan rasa teh hilang dan terlampau putih.
  4. Letakkan 1/2 sudu teh esen vanilla dan secubit kedalam susu.
  5. Tapis dan masukkan teh pekat yang telah dibancuh sebanyak 1/4 cawan sahaja.
  6. Isi cawan dengan air panas.
  7. Sediakan satu cawan yang sedikit besar untuk lebih mudah tarik.
  8. Gunakan cawan yang lebih besar untuk lebih mudah membuat teh tarik.
  9. Teh tarik sedia untuk diminum.

Makan Malam

Sirloin Steak

Bahan-bahan
Cara Memasak

Daging

  1. Satukan semua bahan di atas kedalam satu bekas dan gaulkan pada daging sehingga rata.
  2. Perapkan ia selama tiga jam. Sementara itu siapkan hidangan sampingannya.
  3. Panaskan butter atau minyak zaitun di atas pemanggang lalu bakarkan daging sehingga ia mencapai tahap masak yang anda inginkan.

Sos

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga menjadi keperangan. Masukkan air
  2. Masukan kiub ayam, cendawan, lada hitam dan lada sulah.
  3. Kacau sehingga mendidih.
  4. Campurkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
  5. Masukkan sedikit sos lada hitam dan gaul sehingga ia menjadi rata.
  6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
  7. Akhir sekali masukan rosemarry dan mixed herb kedalam kuah dan gaul ia sehingga sebati.

Nota tambahan: Tambahkan juga hidangan sampingan seperti kentang putar atau kentang goreng, salad, coleslaw dan sebagainya untuk resepi istimewa Hari Bapa ini. Pasti lebih menarik!

Jus Tembikai Laici Sparkling

Bahan-bahan
Cara Penyediaan
  1. Blender bahan-bahan ini:
    • Tembikai
    • Laici
    • Air mineral Spritzer sparkling
    • Perahan limau nipis
    • 2 sudu gula
    • Daun pudina
  2. Letakkan ais kedalam cawan.
  3. Potong kecil tembikai dan hiris halus limau nipis sebagai hiasan dan letakkan di atas ais.
  4. Masukkan jus yang telah diblend ke dalam cawan sehinga separa penuh.
  5. Penuhkan cawan dengan air mineral sparkling dan sedia dihidang.

Kredit Resepi: Khairul Aming

Dessert

Kek Batik Cheese Indulgence

Bahan-bahan
Cara Memasak

Kredit Resepi: Resepi Che Nom

Hari Bapa tidak kurang istimewa dengan Hari Ibu. Dalam Islam juga, kedudukan seorang bapa amat dijunjung tinggi.

Semoga dengan resepi bersempena Hari Bapa yang telah dikongsikan, sambutan Hari Bapa anda berjalan dengan lebih lancar dan dapat mengeratkan lagi hubungan.


Untuk lebih lagi resepi menarik, klik SINI.