KelabMama

Cara Buat Resepi Gulai Ayam Original Terengganu dan Rahsia Gulai Yang Sedap

Tahu tak? Mama Siti jumpa resepi gulai ayam paling unik, mudah dan sedap dari perkongsian Siti Noor Hidayah Samah.

Rupa-rupanya beliau ada cara yang tersendiri untuk menyediakan resepi gulai ayam Terengganu ini. Rempah masakan dan rempah gulai Cap Rose ialah rahsianya.

Tambahan lagi, beliau juga ada berkongsi tips masak gulai ayam yang sedap. Kalau nak tahu, Mama kena ikuti tips yang akan Mama Siti kongsikan ini ya.

Resepi Gulai Ayam

Kredit gambar: Siti Noor Hidayah Samah

Resepi oleh: Siti Noor Hidayah Samah

Bahan-Bahan

Kredit gambar: Facebook @Siti Noor Hidayah Samah

Bahan Kisaran

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisaran dan teruskan menumis hingga pecah minyak.

2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing.

3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu.

Kredit gambar: Facebook @Siti Noor Hidayah Samah

4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.  

Kredit gambar: Facebook @Siti Noor Hidayah Samah

5. Bukak penutup periuk dan masukkan santan.

Kredit gambar: Facebook @Siti Noor Hidayah Samah

6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam kemudian tunggu hingga kentang menjadi empuk. 

Kredit gambar: Facebook @Siti Noor Hidayah Samah

7. Perlahankan api dapur dan biarkan mereneh dalam 7 hingga 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api dapur.

Tips Memasak Resepi Gulai Ayam

Mudah sahaja rupanya cara masak gulai ayam Terengganu ini. Asalkan pandai cari bahan, pandai main api dah jadi resepi pantai timur ini.

Resepi ini sesuai sangat bagi yang baru-baru nak belajar masak tu. Langkah demi langkah pemilik resepi ini kongsikan cara memasaknya.

Kalau dah pandai, boleh lah cuba resepi bubur nasi pula kan. Sekali sekala nak juga bertukar citarasa.


Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!