KelabMama

Part 2: Resepi Deepavali Special Dari Mama Yang Boleh Dicuba

Sebelum ini kita dah kongsikan resepi bersempena perayaan Deepavali Part 1. Mungkin tak kena dengan citarasa Mama, kali ni Mama Siti share lagi kumpulan resepi yang lebih menarik dan kena citarasa Mama. Antara resepi ini juga ada resepi Vegan tau Mama, boleh la kita cuba-cuba, buat raso-raso.

5 Resepi Istimewa Buat Deepavali Kali Ini

#1 Resepi Kerala Prawn Roast

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak kelapa.
  2. Masukkan udang, goreng cetek untuk 3 jumlah untuk kedua-dua belah.
  3. Tapis minyak dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang sama, masukkan halia, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Masukkan juga bawang besar .
  5. Tumis selama 2 minit.
  6. Masukkan semua rempah, tumis seminit.
  7. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
  8. Kacau rata, masukkan air asam jawa dan serbuk lada hitam.
  9. Masukkan udang dan gaul sebati. JANGAN MASAK LEBIH DARI 1 minit.
  10. Masukkan daun kari dan daun ketumbar.
  11. Gaul rata dan tutup api.
  12. Sedia untuk dihidangkan.

Jom try sekarang Mama!

#2 Resepi Lamb Shank Masala

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Perap betis kambing selama 30 minit.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi dan masukkan dalam batang kambing.
  3. Perangkan setiap sisi selama 5 minit, gunakan api sederhana.
  4. Tapis minyak dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak sapi yang sama, masukkan kayu manis , bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bawang putih halia blend, pes cili padi.
  6. Tumis sekejap. Masukkan bawang besar.
  7. Tumis seminit lagi. Masukkan semua rempah ratus.
  8. Gaul rata dan masukkan tomato kisar.
  9. Gaul rata dan masukkan 3 cawan air.
  10. Masukkan batang kambing.
  11. Perasakan dengan garam.
  12. Tutup dengan api dan masak perlahan selama sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga batang kambing empuk.
  13. Buka penutup, masukkan daun kari, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
  14. Kacau rata dan tutup api.
  15. Sedia untuk dihidang.

Jom try resepi di SINI.

#3 Resepi Biskut Kacang

Masa Penyediaan : 30 minit
Masak Memasak : 15-25 minit
Hidangan : 50 – 70 (ikut saiz bebola)

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Sangai kacang tanah dan buang kulit seperti di dalam video.
  2. Ambil sedikit kacang tanah dan ketepikan untuk buat hiasan atas biskut nanti. Selebihnya kisar kacang tanah tu sampai betul – betul halus.
  3. Letakkan kacang tanah di dalam pinggan/ mangkuk, masukkan gula aising dan tepung gandum yang sudah di ayak/tapis.
  4. Tumbuk sedikit garam sampai halus dan masukkan juga ke dalam campuran tepung tadi. Gaul rata sehingga tiada gumpalan.
  5. Kemudian tapis lagi supaya kita dapat texture yang betul- betul halus. Kemudian gaul sebati.
  6. Lepastu, masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
  7. Bentukkan adunan menjadi bebola dalam saiz kecil dan susun di atas loyang yang sudah dilapik dengan kertas baking.
  8. Kemudian letak hiasan kacang diatas pada setiap bebola kacang . Tekan sedikit supaya biji kacang melekat pada bebola kacang.
  9. Bakar dalam oven selama 15 minit hingga 20 minit, dengan suhu 150°
  10. Keluarkan dari oven dan tengok tapak biskut dah masak sepenuhnya. Jika sudah masak, biarkan biskut kacang sejuk.
  11. Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh hidangkan untuk makan.

Dapatkan video resepi di SINI.

#4 Resepi Achu Murukku

Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 15 minit
Hidangan : 20 pcs

Bahan-bahan

*disarankan acuan rendam dengan minyak satu hari sebelum guna

Cara memasak

  1. Sediakan mangkuk, masukkan tepung beras dan tepung atta. Kemudian tapis.
  2. Setelah tapis, tepung campuran itu masukkan kedalam mangkuk lain.
  3. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan santan cai. Kacau sehingga sebati dan dapat texture adunan seperti didalam video.
  5. Kemudian, panaskan minyak, biarkan minyak betul- betul panas baru letak adunan tersebut.
  6. Bila dah panas, celupkan acuan di tepung dan goreng sehingga adunan tanggal pada acuan. Biarkan masak seketika.
  7. Boleh angkat jika achu murukku mula menjadi warna keperangan. Buat langkah yang sama sehingga adunan habis. Sedia untuk dimakan. Letakkan kuih achu murukku di dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup lebih lama.

Jom cuba resepi ini Mama klik link di SINI.

#5 Resepi Nei Urundhai (Bebola Ghee)

Kredit gambar: kannammacooks.com

Masa Penyediaan : 10 minit
Masak Memasak : 50 minit
Hidangan : 12 bebola

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Sangai tepung kacang hijau selama 30 – 45 minit kemudian tutup api, ayak/tapis tepung kacang hijau itu.
  2. Tapis/ayak juga gula aising. Kacau bersama tepung kacang hijau dan ketepikan.
  3. selepas itu, buang kulit pistachio dan potong kecil-kecil. Kacang gajus dan kranberi kering juga potong kecil-kecil.
  4. Sediakan kuali, masukkan minyak sapi vegan, bila minyak dah panas, masukkan kacang gajus, pistachio dan kranberi kering. Goreng seketika.
  5. Masukkan serbuk buah pelaga yang dah di kisar halus ke dalam kuali. kacau sebati.
  6. Kemudian tutup api dan tuang ke campuran tepung tadi. Kacau menggunakan spatula dahulu kerana masih panas.
  7. Apabila dah kurang panas, boleh terus menggunakan tangan dan gaul rata. Kemudian, buat bebola mengikut citarasa anda. Saya buat saiz bebola sederhana.
  8. Kemudian, sedia untuk dihidang.

Jom cuba resepi ini sekarang!


Untuk dapatkan lebih banyak resepi menarik, klik di SINI.