KelabMama

Resepi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Kahwin Dengan Tips Perapan Confirm Sedap!

Resepi kita kali ini ialah padanan paling serasi dengan nasi tomato, nasi minyak dan nasi putih. Bau harum rempah daging masak hitam selalu menarik perhatian tetamu yang hadir di majlis perkahwinan.

Menu yang Mama Siti datangkan hari ini dibawakan khas oleh Puan Sha Zi Ra dari laman Facebook nya. Rahsia masakan daging masak hitam ini ialah pada persediaan dagingnya.

“Nak buat apa dengan dagingnya Mama Siti? ”

Jom Mama Siti kongsikan cara masak daging masak hitam. Tapi Mama Siti pesan awal-awal ya, masak daging hitam ini perlukan banyak kesabaran tau.

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi oleh: Sha Zi Ra

Bahan-bahan

Kredit gambar: Facebook @Sha Zi Ra

Bahan-Bahan Perapan

Bahan-Bahan Kisaran

Bahan Masakan

Cara-Cara

#1 Langkah pertama potong daging dan letakkan 2 senduk besar kicap pekat, 1 senduk sos tiram, 1 sudu lada sulah, 2 sudu serbuk ketumbar dan 2 sudu serbuk jintan manis. 

Gaulkan dan perap daging semalaman atau empat jam dalam peti sejuk. 

Kredit gambar: Facebook @Sha Zi Ra

#2 Seterusnya, panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan dalam kuali. 

#3 Selepas itu, masukkan bahan kisaran dan teruskan menumis hingga pecah minyak. Jangan lupa untuk kacau-kacaukan tumisan ya. 

#4 Kemudian, barulah masukkan kismis yang telah dikisar bersama-sama dengan secawan air sebelum ini. 

Kredit gambar: Facebook @Sha Zi Ra

#5 Ambil daging perap dari peti sejuk dan masukkan ke dalam kuali. Gaulkan rata supaya rasanya tercampur sempurna. 

Kredit gambar: Facebook @Sha Zi Ra

#6 Langkah seterusnya, masukkan asam keping atau boleh diganti dengan air asam jawa. Ikut citarasa masing-masing.

Kredit gambar: Facebook @Sha Zi Ra

#7 Lama-kelamaan, air dari daging akan keluar jadi. Masakan kita akan jadi berkuah. Teruskan masak hingga daging empuk. 

#8 Selepas 3 hingga 4 jam, daging akan mulai empuk dan warna masakan kita pun menjadi lebih pekat. Mama boleh sempurnakan resepi masak hitam kita dengan garam dan gula. 

#9 Angkat dari kuali dan hidangkan dalam mangkuk yang bersesuaian. 

Kredit gambar: Kuali.com

Tips Resepi Daging Masak Hitam

Begitulah cara menyediakan lauk daging masak hitam. Ala, macam dekat kenduri kahwin itu lah. Jangan lupa ikut tips lembutkan daging supaya tak ada masalah daging liat ketika makan nanti.


Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.