KelabMama

Resepi Daging Harimau Menangis Versi Cepat dan Sedap

resepi daging harimau menangis

Kredit gambar: Facebook

Sebenarnya istilah ‘harimau menangis’ ialah salah satu nama bahagian daging lembu. Bukanlah nama menu makanan yang dibuat dari sos Thai dan daun ketumbar itu. 

Lokasi daging ‘harimau menangis’ terletak di bahagian sirloin iaitu antara bahagian pinggang lembu. Bahagian daging lembu ini ialah yang paling lembut dan harganya agak mahal berbanding bahagian lain. 

Perkongsian Cik Puan Sarah menarik perhatian Mama Siti kerana berjaya mendapat perkongsian (share) di laman Facebook sebanyak 24 ribu. Apa agaknya yang buat resepi ini sangat popular ya? 

Resepi Daging Harimau Menangis

Kredit gambar: Lina Thomas

Resepi oleh: Cik Puan Sarah

Bahan-Bahan Daging

Bahan-Bahan Sos

Cara-Cara Perapan Daging

  1. Pertama sekali hiris daging nipis-nipis. Lagi nipis, lagi cepat masak. Cara potong daging batang pinang pun memainkan peranan ya. Lada hitam pula, tumbuk hingga hancur.
Kredit gambar: Facebook

2. Selepas itu, tambahkan 3 sudu kicap manis, 3 sudu kicap lemak manis, 5 sudu sos tiram dan kira-kira suku botol madu. 

3. Gaul rata supaya semua rasa kicap, lada hitam dan madu sebati. Perap daging dalam peti sejuk. Seperti biasa, lagi lama kita perap, lagi menyerap rasa perapan itu nanti ketika dimasak. 

Kredit gambar: Facebook

3. Selepas kira-kira 30 minit diperap, bakar atas kuali anti lekat (non stick pan). Daging tidak perlu ditiriskan airnya. Letakkan terus di atas kuali dan bakar hingga air kering. 

Kredit gambar: Facebook

4. Tanda-tanda air sudah kering ialah terdapat karamel di kuali. Maknanya daging perapan Mama sudah sedia untuk diangkat dari kuali. 

Kredit gambar: Facebook

Cara-Cara Buat Sos

  1. Langkah pertama, kupas 8 ulas bawang putih dan potong dadu kesemuanya. Selepas itu, potong cili kecil kecil, hiris daun ketumbar dan perah jus lemon. Jangan lupa untuk perasakan dengan gula.
  2. Kemudian, tuangkan sos Thai. Mama boleh ikut citarasa sama ada ingin memasukan sos Thai banyak atau sedikit. Seterusnya gaul merata dan rasa jika ada yang masih kurang. 
  3. Daging dah siap, sosnya pun dah cukup rasa. Kini masanya untuk dihidangkan untuk santapan sendiri atau bersama-sama keluarga. 
Kredit gambar: Cik Puan Sarah

Tips Resepi Daging Harimau Menangis

Memang padanlah resepi ini mendapat 24 ribu perkongsian, rupa-rupanya memang cepat nak sediakan. Cuma perlu bahagikan bahagian perapan daging dan sosnya sahaja.

Sebenarnya Mama Siti ada tuliskan resepi nasi daging dan air asam juga tau. Boleh lah jadi pelengkap hidangan daging harimau menangis kita ni.


Jom cuba resepi yang lain di SINI.