KelabMama

Resepi Daging Dendeng Basah Berkuah Sebagai Bekal Balik Kolej

resepi daging dendeng

Masa dekat universiti dulu, mak akan tanya nak bawa apa balik kolej esok? Mama Siti pun terfikir nak sesuatu yang masin dan pedas. Ala orang putih kata savoury tu lah kan. 

Tapi paling penting, nak yang tahan lama. Ya lah duduk kolej bukan boleh balik selalu. Kalau dapat masakan mak dua tiga hari pun seronok juga kan. 

Kali ini, Mama Siti teruja sangat nak kongsikan resepi daging dendeng basah. Kalau dah kata basah, masakkan ini memang akan sedikit berkuah. 

Bagi memudahkan kerja Mama menyediakan perapan daging dan bahan tumisan, Mama Siti dah asingkan siap-siap cara masak setiap satunya. 

Resepi Daging Dendeng Basah

Resepi oleh: Kak Lis

Bahan-Bahan

Cara-Cara Perap dan Goreng Daging

#1 Pertama sekali, masukkan 2 liter air ke dalam periuk dan masukkan pula 1 kg daging lembu. Rebus hingga daging lembut dan empuk.

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#2 Apabila daging telah pun empuk, asingkan daging dalam mangkuk dan air rebusannya pula boleh diambil sebahagian kira-kira satu mangkuk kecil.

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#3 Seterusnya, apabila daging sudah berkurang suhu panasnya, boleh mula potong daging ke bahagian kecil atau sederhana.

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#4 Tiba masanya untuk proses menumbuk daging menjadi leper dan perapan daging. Setengah cawan kicap manis dan kira-kira 2 sudu kicap masin diperlukan untuk perapan daging.

#5 Daging perlu diperap sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng. Untuk menggoreng, panaskan minyak lalu masukkan daging sedikit demi sedikit dan goreng hingga garing. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#6 Kemudian, angkat daging daripada kuali dan tiriskan lebihan minyaknya. Ulang langkah menggoreng hingga untuk baki daging perapan.  

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

Cara-Cara Masak Dendeng Daging Basah 

#1 Langkah seterusnya pula kita perlu sediakan bumbu untuk menumis. Potong 8 ulas bawang putih, 15 biji bawang kecil, 2 inci halia dan 3 batang serai. Tak dilupakan segenggam cili kering untuk menumis. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#2 Masukkan minyak masak secukupnya tunggu sehingga minyak panas. Kemudian, masukkan bawang kecil dan bawang putih, tumis sehingga layu atau naik bau. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#3 Seterusnya, masukkan cili kering dan teruskan menumis hingga cili kering menjadi sedikit garing. Selepas itu, cedukkan semua bahan tumisan termasuk minyakknya sekali ke dalam mangkuk. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#4 Kita akan masuk ke proses kisaran. Masukkan bahan tumisan tadi, halia dan serai ke dalam pengisar. Proses ini tidak perlu ditambah air ya. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#5 Tanpa menambah minyak, terus masukkan bahan kisaran dalam kuali panas dan tumis hingga pecah minyak. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#6 Masukkan daging yang telah digoreng dan kacau merata supaya seluruh rasa bumbu meresap sepenuhnya.

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#7 Rahsia daging dendeng basah ialah pada kuahnya. Tambahan air rebusan daging, melengkapkan lagi rasa masakkan. 

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#8 Perasakan dengan satu 1 sudu teh pati asam jawa dan gaulkan merata. Lihat pada warnanya, tak cukup hitam kan? Sebab itulah, kita perlu tambahkan lagi kicap manis untuk warna dan rasanya.

Kredit gambar: YouTube @Kak Lis

#9 Kacau dan biarkan sehingga daging menjadi sedikit kering. Selepas itu, barulah kita boleh hidangkan ke dalam mangkuk. 

Tips Menyediakan Resepi Daging Dendeng Basah

Terimbau kenangan betul bila buat resepi daging dendeng ni tau. Teringatlah suka dan duka semasa di zaman pengajian dulu. 

Kalau dalam peti ais Mama ada banyak lagi stok daging, apa kata cuba pula resepi nasi daging viral ini. 


Mama boleh juga lihat pelbagai resepi masakan menarik yang lain di SINI!