KelabMama

Lain Daripada Yang Lain – Jom Cuba Resepi Butter Chicken Khas Dari India Utara

resepi butter chicken dari utara india

Selain dari nama butter chicken dalam kalangan masyarakat Indian memanggilnya juga sebagai murgh makhani. Murgh makhani ni antara makanan yang famous tau dalam masyarakat Indian.

Lebih kurang sama dengan ayam tikka masala tapi ada sedikit penggunaan rempah yang berbeza dan sudah pastinya guna butter.

Rasanya pun tak pedas sangat, jadi sangat sesuai kalau nak masak untuk anak-anak Mama. Apa kata kali ni Mama cuba masak masakan India pula, mana tahu akan jadi lauk favourite anak Mama lepas ni.

Resepi Butter Chicken Indian Version

#1 Butter Chicken Indian Style

Kredit Gambar: Licious

Bahan-bahan

Bahan perapan:

Bahan sos:

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan perapan dengan ayam yang telah dibasuh bersih dan kering. Perapnya selama 3 jam. Kalau Mama nak lagi sedap boleh perap semalaman.
  2. Kemudian bakar sehingga masak dalam 35 minit dengan suhu 180 darjah salsius.
  3. Untuk buat sos pula, Mama panaskan periuk dan minyak masak, kemudian tumis kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan daun salam sehingga naik bau.
  4. Masukkan halia tumbuk dan cili hijau. Gaul sekejap dan masukkan tomato dan sedikit air.
  5. Masak sehingga tomato jadi lembik. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
  6. Blend semua bahan tadi sehingga lumat dan tuang semula ke periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gajus yang telah dikisar. Kemudian, masukkan garam, gula, krim, daun halba kering, sos tomato dan mentega. Gaul sehingga rata.
  8. Ambil Ayam yang telah dibakar tadi dan masukkan kedalam sos. Gaul rata dalam 5 minit.
  9. Tutup api dan hidangkan dengan krim atau yogurt.

Resepi: MaRulez Arif

#2 Butter Chicken Masala

Kredit Gambar: Woolworths

Bahan-bahan

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus.
  2. Perap ayam selama sejam. Kalau Mama nak perap semalaman pun boleh jugak. Lagi lama di perap lagi sedap.
  3. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  4. Goreng pula perapan ayam tadi dalam minyak butter. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
  5. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  6. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih.
  7. Mama tambahkan sedikit air kalau kuah terlalu pekat.
  8. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.

Nota: Mama boleh menambah krim masam atau santan pekat untuk memberikan kelembutan dan kekayaan kepada sos. Jangan lupa untuk kacau rata agar sos tidak pecah.

Resepi: malaysiaculinary.com

#3 Butter Chicken India Utara

Kredit Gambar: Healthy Fitness Meals

Bahan-bahan

Bahan perapan

Bahan lain-lain

Cara memasak:

  1. Perap kepak ayam bersama bahan perapan sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  2. Keluarkan kepak ayam dan goreng selama 10 atau 15 minit. Angkat dan toskan. 
  3. Kemudian, tambahkan butter, bawang holland, bawang putih. Goreng sehingga bawang sedikit hancur dan bau wangi.
  4. Selepas itu, tambahkan tomato puri, serbuk cili, serbuk paprika, serbuk jintan manis, serbuk garam masala, garam dan gula, air, cooking cream dan daun fenugreek.
  5. Gaul sehingga rata. 
  6. Tambahkan ayam yang digoreng tadi bersama 1 sudu besar butter.
  7. Gaul, tutup periuk dengan penutup dan masak selama 15 minit.

Resepi: Daily Makan

#4 Butter Chicken Masala Tanpa Krim

Kredit Gambar: NYT Cooking – The New York Times

Bahan-bahan

Cara memasak:

  1. Mama panaskan mentega dan minyak dalam kuali besar di atas api sederhana.
  2. Tumiskan bawang besar, halia, dan bawang putih hingga bau harum dan keemasan.
  3. Tambahkan serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk jintan putih, dan serbuk kayu manis.
  4. Goreng kesemua rempah ini selama beberapa minit hingga berbau harum.
  5. Masukkan daging ayam yang telah dipotong dadu dan goreng hingga berubah warna dan terlumur dengan rempah-rempah.
  6. Kemudian, tambahkan garam, gula, tomato hancur, yogurt, dan air. Aduk rata dan biarkan masakan mendidih.
  7. Tutup kuali dengan rapat dan biarkan ayam masak dalam sos selama kira-kira 15-20 minit, atau sehingga ayam empuk dan sos menjadi pekat.
  8. Sekiranya masakan terlalu kering, Mama boleh tambahkan sedikit air. Sekiranya terlalu cair pula, Mama masak lebih lama untuk kurangkan air.
  9. Selepas masakan siap, hias dengan daun ketumbar segar yang dicincang halus sebelum dihidangkan.

Resepi: YouTube Channel Who’s Cookin’

Butter chicken ni tak semestinya makan dengan nasi je, nak makan dengan roti naan pun boleh. Kalau Mama nak buat bekal, Mama Siti suggest Mama guna tortila atau wrap lepastu letak sayur sikit. Confirm sedap.


Dapatkan lebih banyak resepi yang menarik dan lazat di SINI.