KelabMama

Resepi Bubur Nasi Tanpa Santan Yang Paling Sedap – Mama Wajib Cuba!

resepi bubur nasi

Terdapat pelbagai versi resepi bubur nasi yang boleh dijadikan panduan untuk memasak. Ada yang menggunakan santan untuk bubur nasi berlemak, dan ada juga yang tidak menggunakan santan seperti bubur biasa.

Kalau ikutkan sekarang Mama, menu bubur nasi ini sebenarnya tidak lagi menjadi sajian untuk mereka yang sakit malah ia telah menjadi makanan rutin yang dijual untuk santapan penggemarnya.

Selain dimakan ketika siang, Mama boleh juga jadikan menu ini sebagai makanan gantian untuk makanan berat di waktu malam kerana ia lebih mudah untuk dicerna oleh tubuh selain penyediaannya yang sangat mudah dan bahan-bahannya juga sangat ringkas.

Oleh itu, bagi membantu Mama menyediakan bubur nasi yang enak, di bawah ini Mama Siti telah kongsikan resepi sebagai panduan untuk memasaknya.

Resepi Bubur Nasi Berlauk

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi I

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Basuh beras sehingga bersih, toskan air dan masukkannya ke dalam rice cooker.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kemudian, masukkan air yang banyak, isi ayam dan bawang putih yang telah dipotong dadu. Masak seperti biasa sehingga nasi hancur. Jika nasi masih belum hancur sepenuhnya tambahkan air sehingga nasi betul-betul hancur.

#2. Kemudian masukkan sedikit gula, garam, dan kiub pati ayam. Kacau supaya nasi tidak melekat pada periuk.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Apabila nasi sudah hancur dan menjadi bubur masukkan sayur brokoli. Masak seketika.

#3. Sementara itu hiris halia dan bawang putih nipis-nipis.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Panaskan minyak, kemudian goreng halia dan bawang nipis sehingga keperangan dan berbau harum. Apabila sudah garing angkat dan toskan minyaknya.

#4. Tuang baki minyak gorengan tadi ke dalam bubur nasi untuk menjadikan bubur lebih beraroma. Hiaskan bawang dan halia goreng di atas bubur bersama dengan potongan cili padi. Siap untuk dinikmati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Versi II

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Sediakan bahan-bahan seperti di bawah.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Rebus ayam dengan akar daun ketumbar dan halia. Setelah ayam masak, racikkan isi ayam dan gaul bersama serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Basuh beras dan masukkan bersama air rebusan ayam kedalam periuk bersama-sama dengan lobak merah yang telah dipotong.

#3. Kemudian hiris nipis bawang besar, bawang Holland dan bawang putih. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Setelah masak masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi dan kacau sehingga sebati. Perisakan dengan gula, garam dan kiub pati ayam. Tabur daun ketumbar di atas bubur bersama dengan ayam yang diracik sebentar tadi. Siap untuk dinikmati.

Tips/Petua Penyediaan Resepi Bubur Nasi

Bubur nasi lebih sedap jika dihidangkan bersama sambal kicap dan ikan bilis goreng. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Kalau nak lagi sedap, Mama boleh nikmatinya bersama dengan lebihan sup semasa merebus ayam tadi. Air rebusan ayam akan menjadi lebih sedap jika taburkan bawang bersama minyak gorengan di dalamnya.

Diharap dengan perkongsian resepi bubur nasi ini dapat memudahkan lagi urusan Mama di dapur dalam menyajikan masakan terbaik buat keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Selain resepi bubur nasi yang sedap ini, Mama juga boleh cuba pelbagai tips masakan dan resepi menarik yang lain dengan merujuknya di SINI!