KelabMama

Resepi Bubur Ayam Ala McD – Senang Je Nak Buat!

Kenapa bubur ayam McDonald? Kenapa bukan resepi bubur ayam dari restoran lain? Setiap orang ada citarasa masing-masing kan. Begitu juga dengan Mama Siti dan Mama semua.

Pada Mama Siti, bubur ialah menu yang mudah dimasak, mudah dimakan. Mama Siti seorang yang suka sesuatu yang berkuah. Tapi, kalau setiap hari makan lauk saja, risau juga kan. 

Oleh itu, Mama Siti pun fikir.

“Apa kata cuba masak bubur, senang nak masak. Ada rasa-rasa ayam lagi. Paling penting, kita dapat makan nasi. Itu yang penting.”

Jadi pada kali ini, mari sama-sama kita cuba masak Bubur Ayam Ala McD ini. Mudah sahaja sebenarnya.

Resepi Bubur Ayam McD

Kredit gambar: Niq Ain

Resepi oleh: Norrihan Ars

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Potong bahan-bahan kepada bahagian kecil.

2. Campurkan air ke dalam nasi dalam periuk. Masak sehingga nasi menjadi lembik.

3. Kisarkan separuh daripada nasi yang dicampur air tadi dan masukkan semula ke dalam periuk.

4. Seterusnya, masukkan ayam yang telah dipotong kecil, halia, lobak merah dan masak sehingga lembut.

5. Kemudian, barulah masukkan pati kiub ayam, daun sup dan sedikit minyak bijan.

6. Bubur ala Mcd kita siap untuk dihidangkan.

Tips Resepi Bubur Ayam Mcd 

Baru baca resepi, dah telan air liur. Senang, ini bukan orang dewasa saja boleh makan kan. Anak-anak kecil pun boleh dihidangkan dengan menu bubur ayam ni.

Cumanya kalau Mama nak jadikan sebagai makanan bayi, pastikan asing terlebih dahulu dari awal. Bukan apa, bayi tak elok makan gula dan garam berlebihan. Lebih baik mereka dapatkan rasa manis semulajadi dari buah dan sayur. 

Mama Siti tak sabar nak tengok Mama semua masak bubur ayam Mcd ni. Kalau Mama suka, alangkah gembiranya hati Mama Siti di sini. 

Baiklah Mama, sementara itu disini ada satu lagi resepi yang Mama Siti sarankan untuk mencuba. Nama resepi itu ialah ikan patin masak tempoyak.

Sesetengah orang mungkin rasa resepi itu sedikit sukar. Tapi jangan bimbang, sebab Mama Siti hanya kongsikan resepi yang khas untuk Mama yang baru-baru nak belajar memasak. 

Jom Mama! Kita cuba resepi-resepi ini~