KelabMama

Manisan Buat Mama: 5 Resepi Baking Yang Perlu Dicuba Bersama Si Manja

Sempena cuti sekolah ni, apa kata Mama cuba baking dengan si manja? Cubalah resepi-resepi menarik seperti manisan kegemaran keluarga dengan si manja hari ini. Jom tengok kumpulan resepi ni~

Pesanan untuk Mama, pastikan Mama berjaga-jaga sewaktu menggunakan pisau atau alatan tajam apabila cuba resepi-resepi manisan ni dengan anak-anak tau.

1. Resepi Strawberi & Kastard Danish

Inti Kastard

Bahan-bahan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kecuali butter. Kacau sehingga tepung larut dan sebati.
  2. Dah sebati baru boleh masak di atas api.
  3. Kacau sehingga bancuhan menjadi pekat dan kental.
  4. Masukkan butter. Kacau sebati sehingga menjadi licin.
  5. Siap dan ketepikan dahulu. Pastikan bekas berisi kastard ditutup dengan plastic wrap untuk mengelakkan dari permukaan atas menjadi keras.
  6. Bila kastard dah suam, boleh masukkan ke dalam piping bag. Jangan tunggu sehingga sejuk. Nanti kastard makin kental dan agak sukar nak piping.

Puff pastry

Cara-cara

  1. Saiz puff tu boleh ikut masing-masing punya selera. Selalunya potong dua tapi kalau taknak potong pun okay.
  2. Potong sekali lagi tapi jangan tembus yang belah dalam macam buat bekas untuk letak kustard.
  3. Satukan telur dan susu. Pukul sebati. Sapukan ke atas puff pastry.
  4. Taburkan sedikit gula.
  5. Bakar dalam air fryer suhu 200 selama 6mins.
  6. Potong tapi jangan sampai tembus dan tekan kedalam.
  7. Pipingkan kastard dan letakkan stawberi. Untuk lebih cantik, taburkan gula aising.
  8. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.

Kredit: Didapuryana

2. Resepi Puding Roti & Sos Kastard

Puding Roti

Bahan-bahan
Cara-cara
  1. Dadukan roti dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan susu, telur, mentega cair, esen vanilla dan gula. Kacau rata. Kalau boleh semua bahan biar dalam suhu bilik. Sis guna susu sejuk. Tu yang berketul2 mentega. Tapi okay je kalau berketul pun. Takde masalah.
  3. Tuangkan campuran ke dalam loyang roti tadi. Taburkan choc chip dan tekan2 sikit bagi semua roti kena campuran tadi.
  4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit. Suhu 160.

Sos Kastard

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau sehingga tepung sebati dengan susu. Gula boleh letak lebih kalau suka manis.
  2. Dah sebati baru boleh masak di atas api.
  3. Kacau sehingga bancuhan menjadi pekat.
  4. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.

Kredit: Didapuryana

3. Resepi Chilled Cheesecake Tak Perlu Mixer/Blender

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Kacau cream cheese dengan gula aising sampai rata. Kemudian masukkan 1 sudu besar chocolate spread pilihan Mama, kacau rata, kemudian masukkan whipping cream, kacau rata, ketepikan.
  2. Hancurkan biskut butter, kemudian masukkan butter yang dah dicairkan tadi, kacau rata. Ketepikan.
  3. Layerkan semua adunan. Kemudian sejukkan dan boleh sedia dimakan! (Kalau nak senang ratakan chocolate spread tu, cairkan dalam microwave dulu)

Kredit: Fatenmasak

4. Kek Batik Horlicks Cheese Blueberry

Bahan-bahan

Kek batik

Keju

Toppings

• Blueberry pie fillings and topping

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat dan horlicks ke dalam kuali. Kacau sebati dan masukkan telur dan esen vanila.
  2. Kemudian masukkan biskut yang telah hancurkan dan kacau hingga semua biskut sudah disalut.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dialaskan butter dan kertas pembakar. Padatkan biskut ke dalam loyang. Letakkan di dalam peti untuk sejukkan.
  4. Sementara tu, Mama boleh sediakan adunan cream cheese. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis ke dalam blender dan blend hingga sebati.
  5. Kemudian, mix sampai whipping cream hingga kental dan masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.
  6. Tuang pada adunan biskut yang telah disejukkan tadi. Sejukkan ke dalam peti ais hingga keras.
  7. Tuangkan topping beribiru dan siap untuk dihidang!

Kredit: by_azahzara

5. Resepi CheeseKut, Manisan Paling Senang!

Bahan-bahan

  1. 250g cream cheese
  2. 1/2 tin susu pekat
  3. 1/2 cawan air masak
  4. 1/2 tin susu cair
  5. Biskut kering

Cara-cara

  1. Kisar bahan no 1, 2, & 3
  2. Sediakan bekas, tuang bahan no 4
  3. Celup biskut kering ke dlm bahan no 4
  4. Susun hingga penuh ke dlm bekas yg sesuai
  5. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas
  6. Tabur biskut kering yg dah dihancurkan
  7. Tutup bekas & sejukkan minimum dua jam

Kredit: zarra.riana

Selamat mencuba Mama!


Dapatkan lebih banyak resepi manisan dan lain-lain di SINI.