KelabMama

“Mama, Nak Lagi!” Resepi Ayam Masak Merah Yang Pasti Menambat Selera Seisi Keluarga

Lauk ayam masak merah bagai pinang dibelah dua kalau dipadankan dengan nasi tomato dan jelatah. Di majlis kenduri kita selalu dihidangkan dengan lauk-lauk ini kan, cuma bezanya ada nasi minyak.

Kali ini, resepi Cik Puan Sarah antara yang terbaik yang Mama Siti temukan. Cara memasaknya sangat terperinci dan mudah diikuti.

Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara-cara menyediakan resepi ayam masak merah!

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi oleh: Cik Puan Sarah

Bahan-Bahan

Cara-Cara

#1 Langkah pertama, kisar cili kering yang telah direbus. Kemudian, kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

Kredit gambar: Cik Puan Sarah

#2 Cuci ayam dan lumurkan dengan kunyit dan sedikit garam. Selepas itu, goreng dalam minyak panas hingga separuh masak. 

#3 Gunakan minyak menggoreng ayam dan tumis tiga sekawan. Tidak lama selepas itu, masukkan bahan-bahan kisaran dan tumis hingga naik bau wangi. 

#4 Tuangkan cili kisar dan kacaukan. Masukkan dua sudu sos tomato, dua sudu sos cili dan satu sudu sos tiram. 

Kredit gambar: Cik Puan Sarah

#5 Seterusnya, masukkan pula setengah kiub ayam, gula dan garam. Akhir sekali, barulah masukkan ayam goreng separuh masak. 

#6 Biarkan ayam dalam kuali hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan hidangkan di atas meja makan. 

Tip Memasak Resepi Ayam Masak Merah

Resepi ‘step by step‘ macam ni mudah sangat nak ikut. Lagi-lagi kalau orang yang belum mahir masak pelbagai lauk-pauk. Di samping itu, Mama Siti nak jemput Mama cuba satu lagi resepi iaitu resepi nasi lemak dan sambal ikan bilis.


Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.