KelabMama

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Turun Temurun Yang Menjilat Jari!

Mama mesti nak tahu apa rahsia resepi lauk kenduri yang satu ni kan? Ayam masak merah selalu menjadi lauk pilihan di majlis-majlis kenduri.

Dari kenduri kahwin ke kenduri kesyukuran sampailah kenduri-kenduri yang lain. Memang sangat popular menu Ayam Masak Merah Kenduri ni kan sampai kita sendiri rasa nak tau resepi ini dan buat di rumah.

Melalui perkongsian daripada Puan Zurida Hassan, Mama Siti nak ajak Mama semua cuba Resepi Ayam Masak Merah Kenduri yang menyelerakan ini.

Menurut beliau, ini resepi dari arwah maknya. Nampaknya ini resepi turun menurun ni. Katanya lagi, resepi ini khas untuk mereka yang baru nak belajar memasak.

Tak payah tunggu lagi. Mari kita tengok apakah bahan-bahan dan cara memasak Resepi Ayam Masak Merah Kenduri ni.

Reseipi Ayam Masak Merah Kenduri

Kredit gambar: Facebook @Zurida Hassan

Resepi oleh: Zurida Hassan

Bahan-Bahan Kisaran

Bahan-Bahan Lain

Cara Memasak

1. Mula-mula sekali, goreng ayam hingga separuh masak.

Kredit gambar: Kongsiresepi.com

2. Kemudian, sediakan kuali dan panaskan minyak. Minyak tak perlu banyak sebab kita nak menumis sahaja.

3. Tumiskan sehingga garing empat sekawan iaitu kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. 

Kredit gambar: Facebook @Zurida Hassan

4. Seterusnya masukkan bahan-bahan kisaran hingga pecah minyak. Nak masak bahan-bahan tumisan ini kena guna api perlahan, kita tak nak bahan tumis kita hangus.

Kredit gambar: Facebook @Zurida Hassan

5. Selepas itu, masukkan santan pula. Biarkan sampai mereneh dan kemudia masukkan sos. Mama boleh pakai sos cili atau sos tomato. Terpulang mengikut citarasa Mama dan keluarga.

Kredit gambar: Facebook @Zurida Hassan

6. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Penambah rasa pun boleh ditambah sekali kalau Mama suka. 

7. Akhir sekali baru kita masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Gunakan api perlahan, supaya rasa kuah menyerap ke bahagian dalam ayam. 

Kredit gambar: Facebook @Zurida Hassan

8. Cedukkan ke dalam mangkuk dan makan dengan nasi hujan panas.

Rupa-rupanya bahan tambahannya santan. Mama Siti pun pertama kali tahu nak masak ayam masak merah kenduri kena masukkan santan juga. 

Rasanya masakan kita nanti mesti akan lemak-lemak pedas kan. Mama Siti suka yang pedas-pedas ni! 

Siap juga lauk kenduri kita. Lagi seronok kan kalau dihidang dengan nasi hujan panas sekali. Ditambah pula dengan sayur acar nanas. Cukup lengkap set nasi, lauk dan sayur kan. 

Apa lagi Mama, jangan lupa cuba resepi ayam masak merah ini tau. Harap-harap kena dengan citarasa Mama dan keluarga.