KelabMama

“Suami Cakap Resepi Ayam Masak Kicap Ni Sedapnya Lain Macam”

Wah, buat resepi ayam masak kicap sahaja pun boleh buat suami puji melambung. Kalau tahulah, mesti dari dulu kita buat menu ini kan, Mama?

Mama Siti nak kongsikan satu resepi ayam masak kicap dari kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) dari olahan Puan Nurul Ateekah.

Jom ikut Mama Siti ketahui lebih lagi tentang resepi kali ini.

Resepi Ayam Masak Kicap

Kredit gambar: Nyonya Cooking

Resepi oleh: Nurul Ateekah

Bahan-Bahan

Cara-Cara

#1 Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Apabila sudah masak, ketepikan dan tapiskan minyak yang berlebihan. 

Selepas itu, gorengkan pula sebiji ubi kentang yang telah dipotong hingga sedikit keperangan. Kemudian, angkat dan ketepikan. 

#2 Keluarkan sedikit minyak dan tinggalkan secukupnya untuk menumis. Seterusnya terus masukkan sebatang serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau. 

Kredit gambar: Nurul Ateekah

#3 Tiba masanya untuk masukkan lapan sudu cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian, tambahkan satu sudu rempah sup, ½ cawan kicap, gula dan air asam jawa. 

Kacau semua bahan-bahan hingga sebati dan biarkan masak seketika. 

#4 Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah siap digoreng semasa awal proses memasak nanti. Sebelum tutup api, hiaskan dengan bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan supaya semuanya rasanya menyatu dengan ayam. 

Kredit gambar: Nurul Ateekah

#5 Angkat dan hidangkan dalam mangkuk. Ayam masak kicap kita sudah sedia untuk dijamah bersama nasi panas. 

Kredit gambar: Nurul Ateekah

Tips Memasak Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi ni, kalau nasi sepinggan memang tak cukup! Nak tahu betul atau tak, kena lah cuba dulu resepi kita kali ini. Selamat mencuba Mama!


Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!