KelabMama

Resepi Ayam Goreng KFC Guna Tepung Gandum (99% Sama!)

‘Kriuk, Kriuk, Kriuk’ 

Bunyi yang selalu kita dengar di iklan-iklan ayam goreng. Bunyi kerangupannya pun dah menggiurkan, apatah lagi rasanya. 

Kulit ayam yang rangup, isinya yang lembut. Tambahan pula, rasanya yang lengkap dengan rempah ratus.

Jadi, kali ini Mama Siti bawakan khas kepada Mama resepi ayam goreng ala KFC daripada Che Nom. Istimewanya resepi dari beliau ialah langkah penyediaannya diajarkan satu persatu. Selain itu, Che Nom selalu berkongsi tips tambahan agar resepi yang dikongsikan menjadi sama macam beliau hasilkan. 

Ayuh, tanpa membuang masa. Mama Siti kongsikan resepi ayam goreng KFC oleh Che Nom.

Resepi Ayam Goreng KFC

Kredit gambar: Freepik

Resepi oleh: Che Nom

Bahan Utama

Bahan-Bahan Perapan

Bahan-Bahan Salutan

Cara Perapan

  1. Perapkan ayam terlebih dahulu. Caranya adalah dengan parutkan bawang putih dan bawang putih. 
  2. Seterusnya, masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk lada sulah, serbuk lada putih dan serbuk cili.
  3. Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam untuk memberikan rasa kepada ayam serta bertujuan untuk melembutkan isi ayam. 
  4. Akhir sekali masukkan sedikit air. Tujuannya supaya semua bahan dapat disalut sempurna dan membantu melembabkan ayam ketika menggoreng.

Cara Salutan Ayam

  1. Letakkan tepung gandum dalam bekas beserta sedikit tepung jagung. 
  2. Kemudian, tambah serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan serbuk soda bikarbonat.
  3. Selepas itu, kacaukan hingga semuanya tercampur rata.
  4. Tibalah masa untuk kita masukkan ayam ke dalam tepung dalam 3 hingga 4 ketul sahaja.
  5. Celupkan ayam dalam air dengan menggunakan penyaring. Mama hanya perlu celupkan sekali sahaja. Kemudian angkat dan salutkan sekali lagi ke dalam tepung tadi.
  6. Langkah yang seterusnya ini sangat penting ya. Mama perlu tapis tepung salutan untuk mengeluarkan tepung yang berketul.
  7. Selepas itu, barulah kita boleh salutkan tepung dengan ayam yang lain. 

Cara Menggoreng

  1. Sediakan minyak yang banyak supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  2. Sebaiknya, gunakan periuk yang tebal. Tujuannya supaya ayam tenggelelam dan agar ayam tidak cepat hangus. 
  3. Goreng hingga warna ayam menjadi keperangan
  4. Sekarang kita sudah boleh angkat ayam dari periuk. Rehatkan sebentar untuk membuang lebihan minyak dan ayam goreng KFC kita sedia untuk dihidangkan. 

Tips Menyediakan Resepi Ayam Goreng KFC

Nak buat ayam goreng KFC perlu banyakkan serbuk herba. Contohnya serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan serbuk kari. 

Rupanya itulah rahsia nak dapatkan ayam goreng rasa macam dekat restoran KFC. Che Nom juga kongsikan banyak tips dapatkan tekstur ayam yang rangup dan isi yang masak sempurna. 

Kalau bagi ayam goreng dekat kanak-kanak, mereka pasti sangat sukakannya. Namun bagaimana pula dengan mak dan ayah kita? 

Mungkin mereka teringin nak makan masakan kampung macam orang dulu-dulu masak. Jangan risau sebab Mama Siti dah tulis siap-siap resepi masakan kampung yang bikin nostalgia. 


Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!