KelabMama

Resepi Ayam Goreng Berempah Ala Restoran Nasi Kandar Versi Simple

Bila cakap pasal ayam goreng berempah mamak, apa yang Mama bayangkan atau teringat dahulu? Rasa, rupanya atau kerangupan menu tersebut?

Bagi Mama Siti, resepi ayam goreng berempah ala restoran mamak ni, paling penting ialah warnanya. Senang cakap, warna menu ayam tersebut main peranan betul. Istilah bahasa inggerisnya tak silap Mama Siti, signature kan?

Kali ini, Mama Siti nak kongsikan resepi ayam goreng berempah ala di restoran mamak yang simple tapi marvellous dengan Mama semua. Bolehlah buat di rumah nanti!

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi oleh: Marhalis Hasan

Bahan-bahan

Bahan-Bahan Yang Ditumbuk

Bahan-Bahan Campuran

Bahan Salutan Ayam

Cara-Cara

  1. Campurkan semua bahan campuran ke dalam bekas berisi ayam yang telah dipotong.
Kredit gambar: Marhalis Hasan

2. Kemudian gaul bahan-bahan tadi hingga tercampur sebati. Perapkan untuk beberapa minit. Lagi lama, lagi sedap tau sebab aroma rempah tu sebati hingga ke daging ayam.

Kredit gambar: Marhalis Hasan

3. Bahan terakhir ialah tepung serbaguna. Salutkan dengan tepung serbaguna sebelum menggoreng.

Kredit gambar: Marhalis Hasan

4. Sediakan minyak untuk menggoreng dalam kuantiti yang banyak. Goreng ayam hingga masak. Pastikan ayam tenggelam semasa menggoreng.

Kredit gambar: Che Nom

5. Ayam goreng berempah kita siap untuk dihidangkan!

Tips Memasak Resepi Ayam Goreng Berempah

Macam mana Mama? Senang ke tak resepi ayam goreng berempah kita kali ini? Kalau jawapannya ya, kena cuba lah kan. Mama Siti memang suka betul dengan menu ni. Kalau ada peluang, memang menu inilah yang jadi pilihan.

Oh ya, Mama Siti lupa nak kongsikan. Sebenarnya ada lagi resepi ayam yang simple tapi mengenyangkan. Apa kata Mama tengok resepi ayam goreng kunyit ni. Senang, dan semestinya menyelerakan.


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan DI SINI.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!