KelabMama

Resepi Ayam Bakar Madu Lazat! Resepi Mudah Sahaja Untuk Mama Sekeluarga

Puas dah tak tahu nak masak ayam jenis apa lagi untuk lauk tengah hari atau lauk makan malam keluarga? Ataupun teringin nak makan ala-ala macam dekat pasar malam?

Menjadi kebiasaan untuk kita masak nasi ayam dengan ayam kicap, tetapi pernah ke Mama try buat ayam bakar madu? Selalu kedai nasi ayam ada jual. Apa kata kali ini Mama try buat sendiri? Pasti lagi sedap kerana ia akan mengikut citarasa Mama!

Seperti yang Mama Siti katakan tadi, ayam bakar madu ni sesuai untuk makan bersama nasi ayam, nasi kerabu dan macam-macam lagi! Mesti keluarga Mama sayang Mama extra selepas masak ayam bakar madu ni! Memang lazat untuk dinikmati bersama keluarga.

Gunakan Air Fryer Sahaja Mama

Selalu kalau kita bakar sampai hangit satu rumah ataupun minyak merecik dekat Mama. Haa, Mama Siti ada tips untuk Mama! Untuk memudahkan kerja, resepi ini juga boleh menggunakan kuali panggang ataupun Air Fryer!

Selepas Mama dah siap perap, boleh letakkan aluminium foil ataupun baking paper dalam air fryer. Kemudian, bakar pada suhu 180°c selama 15 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi pada 10 minit. Kita kene balik-balikkan supaya ia masak dengan rata. Kalau tak balikkan, dia tak masak sepenuhnya, nanti anak tak mahu makan.

Itu sahaja tips kali ini daripada Mama Siti. Semoga bermanfaat untuk Mama yang mahu masak ayam bakar madu untuk nasi ayam ke, nasi kerabu ke, nasi lauk pun boleh tau!

Selamat mencuba~

Resepi Ayam Bakar Madu

Kredit gambar: Facebook Nieza Rahim

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas bertutup kecuali ayam.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam bekas. Gaul dan perap selama 4 jam.
  4. Keluarkan ayam dan bakar di dalam pemanggang sehingga masak sekata menggunakan api perlahan.

Kredit: Facebook Nieza Rahim

Jom try buat resepi bubur ayam ala McD pula!