KelabMama

Resepi Ayam Bakar BBQ Batu Arang – Aktiviti Keluarga Hujung Minggu

Dari Isnin hingga Jumaat bekerja. Kadang-kadang hari Sabtu pun perlu bersedia kalau-kalau diperlukan di tempat kerja. Bila lagi nak luangkan masa bersama keluarga kan?

Apa kata Mama buat aktiviti keluarga dengan masak resepi ayam bakar ni? Resepinya mudah dan cara penyediaannya pun tidaklah remeh.

Sediakan bahan perapan ayam, siapkan tempat bakar dan hidupkan batu arang mungkin aktiviti simple tetapi bermakna buat kita sekeluarga. Betul kata orang, nak cipta memori tak perlukan bajet yang banyak pun sebenarnya.

Mari, Mama Siti kongsikan cara-cara menyediakan resepi ayam bakar istimewa dibawakan oleh Limau Nipis.

Resepi Ayam Bakar BBQ

Kredit gambar: food.detik.com

Resepi oleh: Limau Nipis

Bahan-Bahan Tumbuk atau Kisar

Bahan-Bahan Lain

Cara-Cara

  1. Pertama sekali, tumbuk 9 ulas bawang putih bersama-sama dengan 1 inci kunyit hidup. Pastikan bawang putih dan kunyit telah dibuang kulit terlebih dahulu.
Kredit gambar: Limau Nipis

2. Apabila telah ditumbuk lumat, masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas ayam. Lumurkan merata ke semua bahagian ayam.

Kredit gambar: Limau Nipis

3. Seterusnya, masukkan 2 sudu sos tiram, 3 sudu madu, 3 sudu sos cili, 2 sudu paprika, 2 sudu kicap pekat manis, 2 sudu garam dan akhir sekali masukkan 2 sudu kecil lada hitam.

Kredit gambar: Limau Nipis

4. Gaulkan semua bahan perapan bersama-sama ayam. Pastikan semuanya tercampur rata dan pastikan setiap ketul ayam tersalut dengan bahan perapan.

Kredit gambar: Limau Nipis

5. Kemudian, biarkan perapan ayam selama 2 hingga 3 jam supaya rasanya meresap sempurna.

Kredit gambar: Limau Nipis

6. Sementara itu, Mama boleh siap sedia hidupkan arang batu.

Kredit gambar: Limau Nipis

7. Ketika membakar, susunkan beberapa ketul ayam di atas besi pemanggang dan sapukan minyak di bahagian atas ayam. 

Kredit gambar: Limau Nipis

8. Tanpa menunggu lama, terus balikkan ayam. Tujuannya adalah supaya ayam bakar kita tidak melekat pada besi pemanggang. Selain itu, langkah ini mengekalkan jus ayam walaupun telah siap dibakar. 

Kredit gambar: Limau Nipis

Tips Resepi Ayam Bakar BBQ

Jadi, macam mana Mama? Nampak menarik kan menu kita kali ini. Mama Siti dah boleh bayangkan macam mana perasaan anak-anak bila sama-sama masak ayam bakar guna batu arang ni.

Paling penting hanya ada dua langkah penting sahaja iaitu perap dan bakar. Bahan-bahannya pun ialah bahan asas yang selalu ada di dapur, jadi tak perlu susah-susah ke pasaraya lagi.


Jom cuba resepi yang lain di SINI.