KelabMama

Resepi Apam Nasi Gebu Yang Anak-anak Pasti Suka!

dua resepi apam nasi

Resepi apam nasi tidak memerlukan banyak bahan dan ia sangat mudah dimasak. Menu berasaskan lebihan nasi ini sangat sedap dimakan bersama kelapa parut di waktu pagi mahupun petang. Apa yang lebih menarik lagi, menu ini juga boleh mendatangkan hasil jika dibuat jualan kerana ramai orang yang menggemarinya.

Warnanya yang berwarna-warni sangat cantik dan mampu membuka selera sesiapa sahaja yang melihat terutama bagi anak-anak kecil kita. Yelah, siapa tak tergoda dengan ‘kegebuan’ dan keserian warnanya bukan? Jadi, bagi menambah selera anak-anak Mama, menu ini sangat sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Jadi, bagi memudahkan Mama untuk memasaknya, dibawah ini Mama Siti kongsikan resepi apam nasi yang gebu sebagai panduan semua. Sama seperti resepi begedil daging sebelum ni, resepi ni pun ada dalam dua versi tau!

Resepi Apam Nasi Versi I & II

Resepi Versi I

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Campurkan air, nasi, gula serta garam lalu dikisar halus. Kemudian kacau ia sehingga semua bahan menjadi sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Setelah semua sebati, masukkan pula tepung gandum, tepung beras dan yis.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Gaul sebati semua bahan baharulah ditutup rapat adunan tersebut dan peram selama dua jam.

#3. Sementara menunggu adunan kembang, panaskan air di dalam periuk kukusan. Sapukan minyak pada acuan sebelum memasukkan adunan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Gaul lagi adunan yang telah kembang tadi dan masukkan ke dalam acuan tersebut.

#4. Setelah semua siap, susun acuan di dalam periuk pengukus dan kukus selama 15 minit. Balut penutup kukusan dengan kain sebelum menutup periuk kukusan tersebut.

#5. Sementara menunggu apam masak, sediakan kelapa parut untuk menggaul kuih. Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam sebelum memasukkan kuih apam.

Resepi Apam Nasi Versi II

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Masukkan nasi dan satu cawan air ke dalam pengisar dan kisar sehingga nasi hancur. Tambah baki air dan kisar lagi sehingga halus.

#2. Tuang ke dalam bekas bersama tepung, gula dan mauripan. Kacau sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Peram adunan selama 1/2 jam atau sehingga adunan kembang. Kacau adunan dan masukkan pewarna yang disukai.

#3. Sapu acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan. Isi adunan sehingga 3/4 acuan atau penuh acuan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Panaskan air didalam periuk pengukus dan kukus selama 15 hingga ke 20 minit.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah apam nasi masak, hidangkan ia bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam halus.

Semoga dengan perkongsian ini, akan memberi idea kepada Mama untuk mempelbagaikan lagi menu masakan untuk keluarga tersayang.


Mama juga boleh cuba pelbagai lagi resepi masakan menarik yang lain dengan klik di SINI!