KelabMama

Resepi Nasi Ayam Penyet, Set Lengkap Dengan Perapan Ayam Yang Marvellous!

Resepi nasi ayam penyet sangat sesuai jika dijadikan sajian ketika hujung minggu, cuti umum mahu pun sambutan perayaan atau majlis keraian.

Menu yang boleh dikategorikan sebagai makanan sihat ini berasal dari negara Indonesia yang telah diolah mengikut citarasa kini.

Terdapat banyak gerai atau restoran yang menyajikan sajian ini mengikut versi mereka sendiri bagi menarik minat pelanggan berkunjung ke gerai atau restoran mereka. Walau bagaimanapun, kadang-kala sajian mereka tidak menepati citarasa kita. Tetapi jangan risau!

Di bawah ini Mama Siti kongsikan cara memasak nasi ayam penyet yang sangat sedap untuk Mama cuba.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Ramuan perapan ayam:

Kaedah memerap ayam dan menggoreng ayam:

#1. Ayam dibersihkan dan direbus sehingga masak bersama satu ketul kiub pati ayam, angkat dan toskan.

#2. Jintan manis, jintan putih, dan ketumbar disangai sehingga naik bau, kemudian campurkan dengan semua bahan lain dan kisar sehingga lumat bersama sedikit air.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

#3. Lumurkan bahan tadi pada ayam hingga sekata. Perap ayam lebih kurang 3 jam.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

Kemudian, dalam bekas lain salutkan baki perapan pada tempe dan tauhu.

#4. Ayam yang telah diperap tadi dicelup ke dalam tepung dan telur sebelum digoreng menggunakan minyak yang panas sehingga terendam. Biar ayam menjadi kuning keemasan. Manakala baki adunan tepung direnjis ke dalam minyak dan goreng sehingga garing.

Bahan-bahan nasi:

Cara-cara masak:

#1. Panaskan mentega, tumis bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan daun pandan sehingga bangkit bau.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

#2. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan terlebih dahulu dan kacau lebih kurang 5 minit barulah tuang air rebusan ayam.

#3. Masukkan 1 sudu kecil garam dan kacau sebati. Biar nasi masak seperti biasa.

Bahan-bahan sup:

Cara-cara masak:

#1. Panaskan baki air rebusan ayam, masukkan serai, halia dan sup bunjut dan masak sehingga ia mendidih.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

#2. Masukkan garam secukupnya, taburkan daun sup dan daun bawang. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Bahan-bahan Sambal:

Cara-cara masak:

#1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan bilis, goreng hingga garing.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

#2. Selepas keluarkan ikan bilis terus goreng cili merah, cili padi, bawang merah, dan tomato sehingga layu.

#3. Biarkan semua bahan yang digoreng sejuk kemudian kisar kesemuanya bersama belacan yang dibakar terlebih dahulu menggunakan pengisar kering.

Kredit gambar: norazlitaaziz.blogspot.com

#4. Kemudian tumis di dalam minyak gorengan tadi sehingga berbau wangi. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa serta perahan limau semasa hendak makan.

Tips/Petua Resepi Nasi Ayam Penyet Lengkap Ini

Semoga dengan perkongsian ini, Mama gembira menikmati keenakan juadah ini bersama keluarga tersayang!


Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.