KelabMama

Rawat Sakit Tumit Dengan Tips Ini!

Image from Adobe Stock

Bila umur bertambah ni mulalah sakit itu sakit ini. Bagi mama yang masih sihat, alhamdulillah. Teruskan amalan kesihatan yang baik, badan kita nak guna lama. Selain penyakit yang sering dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi, sakit tumit juga antara penyakit yang menyerang kita. Terutama sekali kaum perempuan. Selalu alami masalah sakit tumit ni. Macam mana kita nak rawat sakit tumit ni ye?

Sebenarnya sakit tumit ni boleh dirawat namun rawatan itu hanyalah untuk mengurangkan sakitnya bukan menyembuhkan. Tapi okaylah kan, daripada berdenyut sakit tak berhenti-henti tu, kurangkan sakit pun alhamdulillah dah.

Sebelum kita tengok cara nak rawat sakit tumit, kita kena tahu dulu punca berlakunya gejala sakit tumit ni.

Faktor Sakit Tumit Terjadi

Selalunya, seseorang yang sangat aktif mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit tumit. Kebanyakannya adalah golongan askar yang mana kita tahu, mereka sangat aktif berkawad, selalu hentak kaki dan sebagainyalah. Mama semua tahu tak, ada satu kajian yang dijalankan di US, mendapati seramai 2 juta rakyat negara barat itu berjumpa dengan doktor untuk rawat sakit tumit mereka setiap tahun.

Lagi satu, golongan wanita dua kali ganda lebih berisiko untuk mengalami sakit tumit berbanding golongan lelaki dan masalah ini kerap menyerang seseorang bila dia berumur 45 tahun ke atas.

Terdapat 6 faktor berlakunya sakit tumit ini, antaranya:

Punca yang pertama adalah bila berlakunya stress yang lebih pada tisu di bahagian tapak kaki, iaitu Plantar Fascia. Bila tisu yang berfungsi untuk menyamaratakan tekanan di tapak kaki itu mengalami lebihan stress atau lama, maka tisu itu boleh cedera dan meradang.

Pesakit bagi punca ini sering sakit tumit terutamanya bila mula memijak ketika bangun pagi.

Punca yang kedua adalah kerana penggunaan kasut yang tak sesuai, maka akan ada tulang yang tak normal (tulang kalkaneal) tumbuh di kawasan tumit dan secara tak langsung menyebabkan tisu di bahagian itu cedera dan sebab itu kita akan rasa sakit tumit bila berjalan.

Sakit tumit juga berpunca bila pad lemak kaki berkurang, yang mana mereka ini dikategorikan sebagai pesakit autoimun. Bila pad lemak pada tumit kurang, hentakan kaki tak dapat diserap dengan baik dan menyebabkan kita rasa sakit.

Bagi punca ini pula, sakit tumit berlaku jika terowong tarsal ini dihimpit atas beberapa sebab, maka sakit tumit akan menyerang. Terowong tarsal adalah satu terowong di tapak kaki yang mempunyai sistem saraf yang menghubungkan bahagian tapak kaki.

Bila kita asyik memberi tekanan yang lama dan berlebihan pada tumit, sakit tumit akan datang menyerang dan boleh menyebabkan tulang kalkeneal retak. Contohnya macam askar yang selalu kawad dan hentak kaki.

Kanser tulang pun boleh jadi salah satu faktor kenapa kita sakit tumit tau.

Bagaimana masalah ini boleh terjadi?

Kalau Mama semua nak tau macam mana sakit ini boleh jadi, sini Mama Siti explain.

Dekat tumit kita ni, ada satu tisu yang memang fungsinya untuk tahan hentakan kaki dan sokong kestabilan badan bila kita berjalan. Tisu ini bukan sekadar boleh tahan hentakan yang biasa tau, ia mampu menahan hentakan lebih dari berat badan kita. Dekat situ juga, ada satu tisu lemak yang mana bertindak sebagai kusyen untuk tahan hentakan.

Dekat hujung tumit sampai ke pangkal tulang jari kaki pula, ada lagi satu tisu; Plantar Fascia. Kalau tisu tadi tahan hentakan, tisu ini balance-kan tekanan pada tapak kaki.

Bila seseorang itu banyak berjalan; dalam jangka masa lama atau jarak yang jauh, benda ini menyebabkan tekanan tinggi pada tapak kaki terutama sekali dekat tumit. Tekanan ini membawa kepada kecederaan tisu dan keradangan. Haa, situasi ni lah yang kita panggil ‘Plantar Fascitis’.

Pakai kasut yang tak sesuai pun boleh sebabkan tekanan yang teruk pada tumit dan bila hal ini berterusan calceneal spurs akan terjadi. Iaitu pertumbuhan tulang yang tak normal dan tajam yang mana boleh mencederakan tisu di bahagian tumit, tambah-tambah bila kita berjalan.

Kawasan saraf dekat kaki yang terhimpit pun boleh jadi salah satu faktor tumit menjadi sakit.

Sejarah pesakit

Bagi setiap punca sakit tumit, selalunya pesakit akan ada sejarah mereka masing-masing.

Contohnya bagi pesakit yang sakit tumit yang disebabkan Plantar Fascitis, mereka mungkin atlet yang banyak gunakan kaki, askar, mempunyai berat badan berlebihan serta mempunyai sejarah berjalan jarak jauh dalam masa terdekat.

Golongan ini sering diserang sakit tumit pada waktu bangun pagi.

Bagi punca ini, selalunya pesakit itu mempunyai masalah autoimun dan kerap mengambil steroid.

Untuk pesakit autoimun; yang mana sel darah putih akan menyerang sel badan sendiri dan menyebabkan keradangan dan rasa sakit pada kawasan badan yang diserang.

Jika sel darah putih itu menyerang bahagian tumit, perkara ini juga boleh menyebabkan masalah sakit tumit.

Sindrom ini berlaku kalau seseorang itu selalu merasa kebas pada bahagian kaki dan tumit, hal ini kerana bahagian saraf di kawasan terowong itu dihimpit. Jadi, pesakit akan mengadu kaki mereka kebas-kebas.

Cara Rawat Sakit Tumit

Terdapat pelbagai cara untuk rawat sakit tumit, termasuklah:

Doktor akan menyuruh pesakit untuk berehat supaya boleh kurangkan tekanan pada tapak kaki dan tumit. Antara kaedah yang boleh kita lakukan untuk kurangkan tekanan adalah:

  1. Elakkan aktiviti fizikal yang banyak menggunakan kaki seperti berlari, berjalan dengan jarak yang jauh, berkawad dan sebagainya.
  2. Gunakan pelapik lembut di bahagian tapak kaki atau di bahagian tumit
  3. Memakai sliper lembut ketika berjalan di dalam rumah
  4. Mengurangkan berat badan bagi mereka yang obesiti

Bila kita kurangkan radang pada tapak kaki, sakit tumit pun boleh berkurang. Jadi macam mana nak kurangkan radangnya tu? Caranya:

  1. Ais
  2. Penggunaan ubat tahan sakit seperti nSAIDS

Senaman untuk regangan tapak kaki juga boleh membantu seseorang untuk mengurangkan rasa sakit tumit.

Senaman 1

Senaman 2

Senaman 3

Senaman 4

Ambil satu botol. Letakkan kaki kaki di atas botol dan tekan. Sambil tekan sambil tolak botol itu ke depan dan belakang menggunakan kaki. Ia akan meregangkan tisu di bahagian tapak kaki

Jika rawatan dan senaman di atas pun tak mampu mengurangkan sakit tumit anda, maka doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil suntikan steroid.

Tapi, suntikan ini boleh menyebabkan pengecutan tisu lemak pada bahagian tersebut yang mana akan menyebabkan sakit tumit juga.

Selain rawatan ini, ada juga alat bantuan yang boleh mengurangkan kesakitan sakit tumit ini. Contohnya pelapik kaki, pelapik lembut untuk tumit dan juga kasut bertapak lembut.

Semoga bermanfaat!

Sumber: The Diagnosa

BACA LAGI SAKIT TUMIT & PINGGANG, TANDA RAHIM TIDAK SIHAT

Pesan Mama Siti

Kalau senaman tak membantu Mama Papa semua mengurangkan sakit tumit, Mama Siti sarankan supaya jumpa dengan doktor lah. Mereka lebih arif bab-bab kesihatan ni. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera, mudah-mudahan.