KelabMama

Macam Mana Nak Masak Rasam? Ini 4 Resepi yang Mama Boleh Cuba!

resepi rasam

Mama teringin nak masak rasam? Ini ada beberapa jenis yang Mama boleh cuba. Ada pelbagai jenis resepi rasam yang Mama boleh cuba masak mengikut citarasa Mama sendiri.

Bagi Mama Siti setiap jenis rasam yang dimasak ada rasa sedapnya tersendiri. Macam yang Mama Siti share sebelum ni, makanan tradisi ini bukan setakat makan semata-mata, malah berkhasiat untuk badan kita.

4 Resepi Variasi rasam

1. Rasam Biasa

Bahan-bahan

Cara Memasak:

  1. Mama sangai biji ketumbar, lada hitam, jintan putih dan biji lada.
  2. Selepas disangai, Mama tumbuk kesemua bahan sangai.
  3. Kemudian campurkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumbuk lagi sekali.
  4. Campurkan air pada asam jawa untuk dijadikan sebagai pes.
  5. Mama potong tomato dan masukkan ke dalam air asam jawa.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  7. Masukkan cili kering dan tumis lagi sekali.
  8. Masukkan daun kari dan campurkan air asam jawa tadi.
  9. Tambahkan air dan serbuk kunyit.
  10. Perasakan dengan garam dan masukkan daun pudina.
  11. Masak seketika sehingga daun layu dan sedia dihidang.

Resepi: Rani Genga

2. Rasam Telur

Bahan-bahan

Cara Memasak:

  1. Mama tumiskan dulu bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk kunyit dan biji sawi.
  3. Kemudian, masukkan tomato dan daun kari. Mama kacau dan masak sehingga naik bau.
  4. Tambahkan air, air asam jawa dan perasakn dengan garam ikut citarasa Mama.
  5. Mama kacau dan biarkan ia mereneh.
  6. Setelah mendidih, Mama pecahkan telur biar sekejap sehingga telur masak.

Nota: Mama boleh gantikan dengan tomato cerry jugak.

Resepi: citarasawan

3. Rasam Ayam

Bahan-bahan

Cara Memasaknya:

  1. Ayam di goreng dengan serbuk kari dan garam. Ketepikan.
  2. Kemudian didihkan air sehingga mendidih. Masukkan semua bahan kuah. Gaul sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  4. Sesuaikan rasa dan hidangkan ketika panas.

Resepi: UtusanTV

4. Rasam Tomato

Bahan-bahan

Bahan menumis:

Cara memasak:

  1. Mama tumbukkan lada hitam, jintan manis, bawang putih, daun kari dan cili kering secara kasar.
  2. Mama hancurkan tomato dan tambahkan ke dalam air asam jawa.
  3. Tumis bahan tumis tadi sehingga wangi. 
  4. Kemudian, tambahkan bahan yang ditumbuk tadi dan gaulkan,
  5. Ambil air tomato dan asam jawa tadi dan kulit tomato, masukkan dalam kuali.
  6. Mama gorengkan bersama bahan yang sedang ditumis.
  7. Letakkan sedikit serbuk kunyit dan gaulkan sehingga rata.
  8. Campurkan bersama air asam jawa tadi.
  9. Masukkan daun ketumbar dan Mama biarkan ia masak dalam 2 hingga 3 minit.

Resepi: Daily Makan

5. Rasam Ketam

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan Mama tumis bawang merah dan halia dikisar.
  2. Kemudian masukkan jintan putih, lada hitam dan jugak daun sup.
  3. Mama masukkan tomato yang dipotong tadi.
  4. Masukkan ketam dan air secukupnya.
  5. Masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

Nota: Terpulang kepada Mama sendiri nak masak ketam belah dua ke empat atau masukkan seekor je terus.

Resepi: Rubini Naidu Arumogam dari cookpad

Mama jangan risau, kesemua resepi rasam yang Mama Siti kongsikan ni halal untuk Mama mencubanya.

Bukan setakat Mama Papa je boleh makan, anak-anak pun boleh jugak. Makan dengan nasi panas-panas lepas tu ada ikan goreng pula confirm bertambah nasi.

Selamat mencuba Mama!


Mama dapatkan resepi hidangan Diwali yang sedap dan sihat di SINI.