KelabMama

Rambut Gugur Lepas Bersalin – Ikut Tips Ini!

Mama mesti pernah alami situasi macam ni kan? Rambut gugur lepas bersalin. Bukan sikit-sikit tapi banyak sampai kena kutip satu-satu dekat penutup lubang tandas. Apatah lagi kalau rambut mama memang jenis nipis, lagi rasa macam nak menangis tengok rambut sendiri.

Tapi, masalah rambut gugur dalam kalangan wanita memang perkara normal, malah ada kajian yang membuktikan kadar normal mahkota kita ni gugur di antara 50 hingga 80 helai sehari. Tu baru sehari tau! Kalau dah berhari-hari gugur macam mana pula?

Keguguran rambut selepas bersalin adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan anak.

Pakar dermatologi, Dr. Hafsah Sazali

Perkara macam ni lah yang buatkan mama yang baru bersalin risau kan? Mama Siti faham sebab Mama Siti pun pernah berada di tempat mama. Dari rambut tebal sampai nipis jadinya disebabkan rambut gugur lepas bersalin. Macam-macam dah Mama Siti cuba dan ikhtiar. Dari tukar shampoo sampailah buat treatment. Akhirnya, Mama Siti cuba tips penjagaan rambut dari Dr. Hafsah Sazali , seorang pakar dermatologi. Alhamdulillah menjadi!

Tips Penjagaan Rambut Gugur Lepas Bersalin

#1 Ubah Gaya Rambut

Boleh tanya hair stylist mama tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis. Rambut dipotong pendek juga boleh mengelakkan rambut tampak terlalu nipis, dan juga mudah diuruskan.

#2 Elakkan Sebarang Penggunaan Perapi

Elakkan jenis ‘conditioning shampoo’ atau ‘intensive conditioner’. Tapi kalau nak guna juga, boleh cuba guna conditioner di hujung rambut sahaja, berbanding dengan menyapu di seluruh kepala kerana penggunaan di seluruh rambut boleh menyebabkan rambut jadi ‘berat’ dan nampak lebih nipis.

Mungkin ada conditioner yang sesuai untuk ‘fine hair’ yang boleh dicuba. Selain itu, boleh juga volumising shampoo yang mungkin boleh membuat rambut kelihatan lebih tebal.

#3 Guna Mask Rawatan Rambut

Ha, jangan tak tahu rambut pun ada mask tau! Mask rambut ni bukannya mask yang macam mama letak kat muka tu. Mask rambut ni ialah vitamin yang diperlukan untuk rambut mama tumbuh dengan sihat dan lebat. Contohnya, produk rambut yang kaya dengan bahan-bahan seperti minyak burdock, vitamin A, vitamin E dan sebagainya.

#4 Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Pemakanan juga memainkan peranan dalam menghasilkan rambut sihat dan mengelakannya dari gugur. Antara makanan yang elok untuk rambut ialah telur dan daging ayam, gandum, taugeh, buah-buahan segar, salmon, kunyit, jintan dan yang paling penting, minum air masak secukupnya!

Rambut Gugur Adalah Fenomena Biasa Selepas Bersalin

Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya pulih seperti biasa dalam masa setahun. Jika masalah ini tak beransur baik, jumpa doktor. Ada faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.

Mama pun kena jaga-jaga dengan ‘hair tourniquet’ di mana rambut terlilit di jari/bahagian badan lain bayi. Ada risiko perjalanan darah ke bahagian itu tersekat/ jangkitan kuman jika ada kecederaan di bahagian kulit. Leraikan dengan hati-hati. Kalau tak boleh juga, bawa ke emergency department.

Saya harap tips ini membantu. To all new mothers out there, look after yourself physically and mentally. Pada pendapat saya, suami berperanan penting mengurangkan tekanan para ibu yang baru melahirkan. Sama-samalah membantu dan memberi galakan kepada isteri anda!

Sumber: Dr. Hafsah Sazali, ummitiqah

BACA JUGA KENAPA RAMBUT GUGUR DENGAN TERUK SELEPAS MELAHIRKAN ANAK?

Seperti yang Dr. Hafsah cakap, keadaan ni sementara saja. Jadi jangan stres sangat. Karang meroyan pula. Kesian suami dan anak-anak. Kalau masalah dah kronik sangat, terus saja consult dengan doktor. Nak jaga rambut ni bukannya mudah, itu Mama Siti tahu. Tapi inshaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya. Jadi, tak payah risau sangat ye mama!