KelabMama

Rahsia Bengkung- Pakai BUKAN Untuk Dapat Badan Kerengga

Masih ramai lagi wanita di luar sana yang masih lagi keliru dengan amalan memakai bengkung selepas bersalin ni. Nak pakai ke tidak? Mama Siti faham ada yang masih lagi teruja baru lepas lahirkan anak.Orang kata adrenaline rush tu tak hilang lagi.

Tapi mama kena faham yang kita disarankan berbengkung untuk sokong balik perut yang dah menggeleber dan lindungi luka pembedahan tu. Tak kira la mama bersalin normal ataupun czer, mama perlu BERBENGKUNG!

Kenapa perlu berbengkung?

Buat pengetahuan mama, bengkung ni bukannya kita saja-saja pakai untuk kembalikan tubuh badan kita yang ramping, tapi ia juga ada kelebihan dari segi kesihatan lepas bersalin.

Amalan pemakaian bengkung ini merupakan salah satu amalan wajib bagi wanita berpantang dalam masyarakat Melayu.

Tujuan utama berbengkung adalah untuk elakkan perut yang mengeeleber dari menghempap luka hasil pembedahan. Amalan berbengkung ni juga dapat kecutkan rahim yang bengkak dan turut membantu tetapkan balik kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’.

Ia juga dapat baiki balik postur mama, hilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.

Risiko tak berbengkung:

Sukar bagi seorang ibu mengamalkan pemakanan yang sihat aptah lagi bila bayi dilahirkan.

Kalau mama bersalin melalui pembedahan, mama dah boleh pakai bengkung around 12-24 jam selepas bersalin. Tapi kalau mama nak pakai bengkung barut atau bengkung lilit, mama dah boleh start pakai dalam 6-12 bulan selepas mama lahirkan anak. Lebih selamat sebab masa tu luka pembedahan pun dah pulih.

Selain daripada pakai bengkung, ada juga cara lain yang mama boleh cuba untuk kempiskan perut contohnya:

1. Jangan minum banyak air sekaligus!

Amalan minum air dalam amaun yang banyak sekali gus ni akan buat perut mama jadi besar dan buncit. Jadi seeloknya, bila mama dahaga dan nak minum air, mama minum sikit sikit dan dalam keadaan duduklah.

Jangan la pula minum berdiri sebab bila mama minum dalam posisi sebegini, air yang masuk dalam tubuh akan bagi tekanan pada perut mama.

Tabiat minum berdiri ini akan menyebabkan saraf-saraf dalam tubuh menjadi terkejut.

2. Zumba atau tarian pinggul

Cakap pasal zumba, remaja sekarang ni memang suka betul berzumba. Yalah, zumba ni memerlukan seluruh tubuh kita untuk sentiasa aktif. Gerak sana gerak sini. Jadi, semua bahagian termasuk perut mama akan dapat efek positif.

Tarian gelekan pinggul seperti Tarian Arab ni pula dapat kuat kan otot di bahagian pelvis.

Tapi mama jangan pula excited sangat! Lepas bersalin saja nak terus berzumba. At least tunggu 6 MINGGU SELEPAS BERSALIN. Tak bolehlah. Mama kena consult doktor dulu sebelum memulakan sebarang jenis senaman.

3. Elak gula dan lemak

Ini pantang yang paling besar kalau mama nak kempiskan perut mama! Makanan yang bergula ni, kalau mama makan secara berlebihan akan menyebabkan terkumpulnya lemak di setiap bahagian badan. Jadi, seeloknya ELAKKAN!

Sumber: majalahpama

BACA JUGA MACAM MANA NAK KEMBALIKAN BADAN YANG RAMPING DAN BERTENAGA SELEPAS BERSALIN?

Pesan Mama Siti:

Sekarang ni dah banyak sangat bengkung moden yang terjual di pasaran. Ha, kalau dulu alasan mama susah nak pakai yang bertali, kena lit sana lilit sini. Sekarang ni dah ada jenis yang ada cangkuk, pakai pelekat velcro, yang berzip pun ada. So, kita zip je. Mudah kan? Jadi, mama jangan malas ya!