KelabMama

PUNCA MENGANTUK DI TEMPAT KERJA PADA TENGAH HARI

Punca mengantuk pada waktu tengah hari boleh dikaitkan dengan pelbagai sebab, antaranya kurang tidur pada waktu malam, keletihan kerana pelbagai perkara, kurang oksigen di bahagian otak dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi memastikan keesokan hari, kita dapat kekal produktif dan bertenaga dalam menghadapi apa jua perkara. Lakukan ini jika anda merupakan individu yang kerap ngantuk dan tertidur di tempat kerja sewaktu tengah hari.

 

Orang dewasa memerlukan tidur antara tujuh hingga lapan jam setiap hari, manakala kanak-kanak dan remaja memerlukan tidur sehingga sembilan jam sehari. Kadangkala pelbagai aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam terutamanya sebelum tidur misalnya bercukur, melipat baju dan sebagainya mengambil masa tidur yang sepatutnya. Jadi, pastikan segala kerja telah dilakukan dan tidur tepat pada waktunya.

 

Cuba disiplinkan diri pada waktu tidur dan bangun tidur agar perjalanan kehidupan kita akan lebih teratur dan bertenaga. Penetapan waktu ini mampu memberikan kita masa tidur secukupnya dan mengelakkan mengantuk pada waktu siang.

 

Waktu makan adalah antara perkara yang akan menentukan kita tidur dengan cukup serta memberikan kita tenaga sepanjang hari. Makan pada waktu makan perlu dirancang dengan teliti agar tidak mengganggu waktu tidur. Jika makan malam agak lewat, sudah pasti kita akan tidur lewat, begitu juga waktu makan lain.

 

Lakukan rutin senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit sehari agar badan dapat mempunyai stamina mencukupi pada waktu siang dan ia akan memudahkan seseorang itu dapat tidur dengan cukup.

 

Ramai orang beranggapan ketika badan letih adalah masa yang sesuai untuk tidur tetapi sebenarnya, masa paling sesuai untuk mula tidur adalah apabila kita mengantuk. Ini kerana ketika letih, belum tentu mata dapat dilelapkan, membuatkan kita sukar tidur dan akan menyebabkan badan terasa letih apabila bangun dari tidur.

 

Kadangkala ada di antara kita akan tidur sekejap pada waktu petang untuk menghilangkan keletihan. Namun cara ini adalah salah kerana ia akan mengganggu waktu tidur sebenar pada waktu malam. Jadi, lebih baik lakukan aktiviti lain yang sesuai seperti bersenam dan sebagainya.

 

 

 

 

Sumber: internt