KelabMama

Proses Kehamilan Wanita Yang Perlu Kita Tahu

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama dan Papa tengah ‘planning’ nak ada baby ke tu? Kalau ya, entri kali ini dapat membantu Mama dan Papa untuk fahami proses kehamilan supaya Mama dan Papa lebih bersedia mental dan fizikal.

Perlu ke tahu tentang proses ni? Eh, mestilah. Mama Siti tahu masih ramai lagi diluar sana yang sedang mencuba untuk dapatkan baby tapi tak tahu macam mana proses kehamilan. Tahu- tahu je dah pregnant kan.

Sebenarnya, proses kehamilan ini sangatlah menakjubkan dan luar biasa. Bagi mereka yang pertama kali nak mencuba mendapatkan bayi mesti akan teruja dengan setiap proses ini. Nak tahu kenapa? Yelah, daripada sperma terus menjadi bayi. 

Ha, macam mana tu? Jangan risau, Mama Siti akan explain satu persatu tentang proses kehamilan ini.

Proses Kehamilan Daripada Awal Hingga Akhir

Ovulasi: Ovari Melepaskan Sel Telur

Kredit Foto: Adobe Stock

Hormon yang berkaitan dengan kitaran menstruasi menyebabkan telur di dalam ovari menjadi matang. Setiap 28 hari atau lebih, satu sel telur matang akan dilepaskan dari ovari. Proses ini dikenali sebagai ovulasi

Setelah telur dilepaskan, ia akan bergerak ke ‘fallopian tube’ dan bertahan selama sekitar 24 jam. Jika sel telur tak disenyawakan selama waktu itu, sel telur akan hancur dan 11-16 hari kemudian ‘period’ Mama pun akan datang.

Persenyawaan : Sperma Bertemu Telur

Kredit Foto: Adobe Stock

Telur yang dah matang disenyawakan ketika bergabung dengan sel sperma. Ketika hubungan seks dilakukan, sperma yang terkandung di dalam air mani akan mengalir ke vagina, melalui rahim dan kemudian masuk ke dalam. Jika sperma berumur kurang dari 24 jam, telur boleh disenyawakan oleh sperma.

Setelah sperma masuk ke dalam tubuh wanita, perjalanan sperma mencari sel telur untuk persenyawaan baru akan dimulai.

Sebenarnya, ini merupakan perjalanan yang panjang bagi sperma dan tak senang untuk dilepasi!

Ada banyak halangan untuk mencapai ke sel telur sehingga terjadi proses kehamilan sebab terlalu banyak sel sperma yang berlumba ke arah yang sama (300 juta sel sperma!).

Implantasi:

300 juta sel sperma akan memasuki vagina ketika ini tetapi hanya beberapa ratus sel sperma je yang akan melepasi fallopian tube, iaitu tempat di mana sel telur berada.

Daripada beratus ratusan sperma tersebut, hanya ada satu sperma yang bertuah akan bertemu dengan sel telur. Jadi, apabila sel telur dan sperma bertemu, proses kehamilan pun akan terjadi.

Semasa Kehamilan:

Kredit Foto: Adobe Stock

Semasa 24 jam setelah proses kehamilan terjadi, sel telur akan berubah menjadi zigot. Seterusnya, zigot ini kemudian akan berkembang menjadi embrio atau bakal janin dan berada di dinding rahim dalam waktu 5–10 hari setelah proses kehamilan terjadi.

Untuk pengetahuan Mama, pada ketika ini wanita dah memasuki fasa kehamilan dan sesetengah wanita mengalami pendarahan ringan selama 1-2 hari.

Ini menandakan implantasi atau proses kehamilan dah berlaku! Tapi, tak semua wanita mengalaminya tau, Mama. 

Setelah terjadi kehamilan atau implantasi, plasenta akan menjadi sumber nutrisi janin yang telah terbentuk. Plasenta juga akan mulai ‘release’ hormon kehamilan hCG yang boleh dikenal pasti menggunakan test kehamilan. Jadi, waktu ini lah Mama boleh kenal pasti yang Mama positif hamil!

Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Proses Kehamilan Telah Berjaya:

Ketika proses itu dah lengkap, ada beberapa tanda yang menunjukkan kehamilan dah terjadi. Walaupun tak semua wanita melaluinya, ini adalah beberapa tanda yang sering dikatakan terjadi:

Kredit Foto: Adobe Stock

Beberapa tanda awal kehamilan juga boleh terjadi seperti PMS (premenstrual syndrome). Oleh sebab itu, satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti Mama hamil atau tak adalah dengan ‘pregnancy test’!

Tips Untuk Hamil Dengan Mudah Dan Cepat, Mengikut Pakar

Tak semua pasangan nak ada baby dengan cepat tapi ada juga yang terus ingin menimang cahaya mata. Jadi, disebabkan entri kali ini kita mendalami tentang proses kehamilan, Mama Siti juga ingin berkongsi tentang tips dan cara untuk hamil dengan lebih cepat mengikut pakar.

Tapi ingat, rezeki dan perancangan itu semua ditentukan Allah SWT, kita hanya boleh merancang ya!

1) ‘Take Note’ Waktu Subur Wanita

Kredit Foto: Adobe Stock

Salah satu tips atau cara cepat hamil ialah dengan mengetahui waktu subur wanita. Waktu subur ini adalah masa ovulasi dimana ovarium melepaskan sel telur. 

Masa subur ini selalunya terjadi selepas beberapa hari setelah haid, dan ini bergantung kepada jadual mentruasi Mama ya. 

Tak semua masa sesuai untuk dapatkan bayi ya. Kalau melakukan hubungan intim ketika tak subur, peluang amatlah rendah untuk hamil. Jadi, Mama perlu sentiasa check waktu subur ketika ingin bersama suami. 

2) Lakukan Hubungan Intim Dengan Lebih Kerap

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama dan Papa harus tingkatkan masa bersama dengan lebih kerap, tapi ingat lebih baik perbanyakkan hubungan intim ketika waktu subur jika ingin hamil dengan cepat. 

Ada juga pakar yang mengatakan bahawa produksi sperma tinggi pada pagi hari jadi peluang untuk hamil itu sangat cerah!

Jadi, kali ini cuba pada waktu pagi dan tak pada malam hari, tapi ini semua terpulang untuk Mama dan Papa ya. 

3) Kekalkan Berat BMI Yang Normal

Jika pasangan yang obes, akan sukar untuk mencapai tahap kesuburan. Ini kerana obesiti dapat menurunkan jumlah dan melambatkan pergerakan sperma.

4) Amalkan Diet Yang Sihat

Kredit Foto: Adobe Stock

Ingat ya Mama dan Papa, diet yang baik mengandungi nutrisi yang bagus untuk tahap kesuburan dan kualiti sperma yang sihat.

Cara mudah untuk hamil ini dapat dilakukan dengan memenuhi vitamin seperti vitamin C, D, folic acid dan kalsium.

Kehamilan Itu Permulaan Pertama Menjadi Ibu-Bapa

Kredit Foto: Adobe Stock

Untuk Mama ini adalah langkah pertama menjadi seorang ibu dan Papa pula sebagai seorang ayah. Kehamilan ini akan memberi senyuman bukan je pada Mama Papa, malah daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Semoga perjalanan 9 bulan yang terindah ini akan menjadi pengalaman yang bermakna buat Mama dan Papa. Jangan lupa juga untuk kekalkan pemakanan yang sihat sebab bayi juga perlukan nutrisi yang cukup untuk membesar dengan sihat.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 10 TANDA-TANDA HAMIL (WAJIB DIKETAHUI WANITA!)

Pesan Mama Siti

Sekarang Mama dah tahu proses kehamilan, jadi bersedialah untuk melalui fasa kehamilan pula. Mama Siti doakan semoga dipermudahkan semuanya dan bagi yang masih mencuba, Mama Siti doakan semoga diberi rezeki cahaya mata. InsyaAllah.