KelabMama

AskMeDoctor! Musim ke-2 Episod 8: Probiotik Dan Sistem Imun – Apakah Perkara yang Tidak Boleh Diabaikan oleh Ibu Bapa?

Ramai orang mungkin pernah mendengar bahawa penting untuk mengambil probiotik, tetapi kemungkinan besar masih ramai tidak memahami mengapa ia penting atau bagaimana ia berfungsi. Tambahan pula dengan lambakan suplemen dan maklumat mengenai produk yang terdapat di pasaran sekarang, ia boleh membuatkan kita lebih keliru.

Bagi episod AskMeDoctor! yang dibawakan oleh Motherhood.com.my kali ini, Dr. JoAnn Rajah, seorang Pakar Pediatrik dari Klinik Pakar Kanak-kanak ABC, akan membantu Mama semua memahami bagaimana probiotik dapat membantu meningkatkan sistem imun kita dengan meningkatkan kesihatan usus.

S1: Apakah hubungan antara probiotik, sistem imun dan kesihatan usus?

Dr JoAnn Rajah: Pada zaman sekarang, tak ramai orang mengetahui hal ini, tetapi usus merupakan salah satu organ sistem imun terbesar yang terdapat dalam badan kita. Usus mengandungi trilion “hidupan” kecil yang dipanggil microbes yang terdiri daripada bakteria, virus, dan kulat yang hidup secara harmoni.

Probiotik merujuk kepada bakteria “baik” dan “pembantu” yang berada di dalam usus kita, yang membantu menjaga kesihatan usus dan meningkatkan sistem imun tubuh badan. 

Kadang-kadang terdapat ketidakseimbangan antara microbes ini yang menyebabkan cirit-birit dan penyakit lain yang berkaitan dengan kesihatan.

Perut kita mengandungi berbilion bakteria yang membantu sistem penghadaman.

S2: Bagaimana bakteria “baik” dan “pembantu” ini membantu menyokong sistem imun kita?

Dr JoAnn Rajah: Probiotik menyokong sistem imun dengan pelbagai cara. Mereka membantu meningkatkan kesihatan usus, seterusnya mengurangkan risiko “pencerobohan” oleh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

Selain itu, probiotik juga mengaktifkan dan meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan bertindak sebagai booster kepada sel-sel imun seperti T-lymphocytes, menghasilkan antibodi dan bahan antibakteria apabila usus “terasa” diancam. 

Probiotik membantu menguatkan usus, sehingga mengurangkan risiko “pencerobohan” oleh bakteria yang akan menyebabkan jangkitan.

S3: Apakah kegunaan probiotik lain?

Dr JoAnn Rajah: Salah satu faedah probiotik yang terkenal ialah ia dapat membantu mencegah atau mengurangkan jangkitan cirit-birit yang teruk. Sebagai contoh, adakah anda tahu bahawa salah satu kesan sampingan antibiotik adalah cirit-birit? Pengambilan probiotik secara berkala boleh mengurangkan risiko cirit-birit yang terjadi kerana kesan sampingan antibiotik.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa probiotik dapat membantu merawat penyakit mental seperti kemurungan dan anxiety. Ia juga boleh mengurangkan alahan tertentu, seperti ekzema. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian harus dilakukan untuk membuktikan perkara ini. 

S4: Bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil probiotik – selepas antibiotik atau semasa mengambil antibiotik?

Dr JoAnn Rajah: Secara umumnya, probiotik juga harus diberikan apabila anda diberi harus mengambil antiobiotik, namun, anda tidak boleh memakannya serentak. 

Sumber: Technology Networks

Pastikan jarak masa sekurang-kurangnya satu ke dua jam antara dua preskripsi ini. Hal ini adalah untuk membiasakan perut dengan bakteria baik, seterusnya mengelakkan daripada berlakunya cirit-birit. 

S5: Berapa banyak probiotik yang diperlukan untuk membantu menguatkan sistem imun kita? Apakah dos harian yang disyorkan?

Dr JoAnn Rajah: Dos berbeza berdasarkan produk, namun, dos yang disyorkan biasanya antara 5 hingga 10 bilion unit pembentuk koloni untuk kanak-kanak dan dua kali ganda jumlahnya untuk orang dewasa.

S6: Apakah sumber makanan yang mengandungi probiotik?

Dr JoAnn Rajah: Probiotik yang boleh diperoleh secara semula jadi terdapat dalam makanan seperti sauerkraut, tempe, kimchi, jeruk, miso, kombucha, beberapa jenis keju dan dadih, yogurt dan minuman susu kultur. 

Mengamalkan pemakanan ini dalam diet anda dengan kerap dapat membantu merangsang sistem imuniti badan. 

S7: Apakah perkara yang harus diberi perhatian dalam probiotik yang baik?

Dr JoAnn Rajah: Kini, terdapat pelbagai probiotik di pasaran yang terdiri daripada jenis yang berbeza. Bagaimanapun, salah satu probiotik yang biasa digunakan adalah spesies Lactobacillus, khususnya Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

S8: Apakah perkara lain yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan imuniti anak saya?

Dr JoAnn Rajah: Setiap kanak-kanak harus makan makanan seimbang yang kaya dengan mikronutrien seperti Vitamin C, D, E, zat besi, zink, selenium dan banyak lagi. Anak-anak yang aktif dan mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam juga penting dalam meningkatkan imuniti mereka. 

S9: Nasihat dan ingatan akhir daripada Doktor. 

Dr JoAnn Rajah: Probiotik dapat membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sebelum membeli suplemen probiotik untuk anak anda, adalah lebih baik untuk Mama mendapat nasihat pakar terlebih dahulu. 

Suplemen atau makanan tambahan probiotik perlu disesuaikan dengan keperluan individu tersebut untuk mendapatkan khasiatnya pada tahap maksimum. Dan, Mama jangan lupakan senarai makanan lazat yang telah saya kongsikan di atas, yang mengandungi sumber probiotik yang sangat baik. 

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi 20 botol VITAGEN percuma dan sebuah beg cooler dengan hanya menjawab satu soalan mudah. Tag 3 rakan dan share post Facebook Motherhood ini. Hadiah hanya akan diberikan kepada 10 pemenang bertuah. Apa tunggu lagi? Sertai sekarang! 

Untuk siri AskMeDoctor! yang lain, layari Motherhood Story dan jangan lupa untuk mengutarakan soalan anda di Facebook Motherhood

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.