KelabMama

Tips & Posisi Tidur Elak Bayi Songsang (Berserta Gambar)

Bayi songsang atau baby breech bukanlah perkara asing dalam dunia kehamilan. Malah, Mama Siti yakin jika ditanya para wanita adakah mereka memahami simptom kehamilan songsang ini, rata-rata mengetahui keadaan itu.

Walaupun ia bukan masalah besar dalam bidang perubatan, namun, situasi ini menggerunkan bakal ibu lantaran perasaan takut untuk dibedah.

Ya, kehamilan bayi songsang kebiasaanya boleh diselamatkan melalui kaedah pembedahan semata-mata. Walaupun ada sesetengah ibu bertuah bersalin secara normal meskipun kandungannya songsang, namun rata-rata doktor akan menyarankan kaedah pembedahan tatkala mengetahui punggung dan kaki bayi berada dekat dengan pintu rahim (serviks) dan bukan kepala bayi.

Bagaimanapun, situasi itu bukan tidak boleh diubah. Sesetengah kehamilan songsang berjaya dipulihkan sehingga si kecil kembali kepada pusingan asal dan ibu berkenaan mampu melahirkan secara normal.

Wah, maknanya saya ada peluang untuk bersalin normal ke?

Usaha untuk mengembalikan bayi di kedudukan asal iaitu kepala si kecil menghala ke laluan cervix ini boleh dilakukan kalau kena dengan cara dan gayanya Mama.

Walaupun ia tidak terbukti berkesan 100 peratus, tapi tak salah untuk cuba beberapa tips di bawah ni kan?

Macam mana tu? Jom teruskan baca entri ini!

#Punca Bayi Songsang

Sebelum tu, jom kita ketahui punca menyebabkan bayi songsang ketika di dalam kandungan. Menurut laman web The Asian Parent, sukar untuk mengetahui sebab-sebab bayi berada dalam keadaan sedemikian.

Beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada kedudukan ini ialah:

#Cara Untuk Menukarkan Kedudukan Bayi Songsang

Portal Hello Doktor menjelaskan terdapat beberapa kaedah selamat berupaya membantu mengatasi masalah kedudukan bayi songsang seperti:

1. ECV

External cephalic version atau ECV merupakan kaedah di mana doktor menggunakan tangan untuk memberikan tekanan kuat pada perut dengan tujuan memusingkan bayi kepada kedudukan kepala ke bawah.

Ada ketikanya doktor boleh bantu mengubah posisi bayi daripada songsang kepada kedudukan normal menggunakan prosedur berkenaan.

2. Berenang

Wanita berbadan dua akan berasa lebih relaks dan ringan di dalam air. Jika mahir berenang, lakukan kaedah flip forward atau kuak dada.

Ia sangat membantu untuk memusingkan bayi kepada kedudukan kepala ke bawah. 

Perkara lain yang Mama boleh cuba adalah untuk menyelam kepala ke bawah. Walaupun pelik, tetapi ia berguna dan berkesan.

Mama boleh meminta seseorang untuk memegang kaki semasa melakukan teknik ini. Walau apa pun, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum menyelam.

3. Bunyi kepada bayi

Tidak mahir berenang? Tidak mengapa, selain posisi tidur elak bayi songsang, Mama boleh mencuba kaedah ini.

Tahukah anda, bayi sudah mula bertindak balas dengan bunyi dari luar apabila mencapai trimester ketiga. Jadi tip ini pastinya dapat membantu memusingkan bayi.

“Bagaimana?” Caranya adalah dengan memainkan muzik yang menenangkan dan meletakkan headphone pada bahagian bawah pelvis.

Bayi dalam kandungan akan mendengar muzik ini dan secara semula jadi bergerak ke tempat bunyi tersebut hadir.

#4 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang

Ramai wanita mungkin tidak menyedari bahawa kedudukan atau gaya tidur mereka sehari-hari boleh mempengaruhi janin dalam kandungan.

Justeru, adalah penting untuk Mama mengetahui ada beberapa posisi tidur elak bayi songsang yang boleh diamalkan.

1. Tidur mengiring ke belah kiri

Posisi tidur agar bayi tidak songsang yang pertama adalah dengan tidur mengiring ke kiri.

Ketika berada trimester akhir kehamilan, Mama boleh mencuba kedudukan tidur ini dengan meletakkan bantal di bawah perut.

Ia berupaya mendorong gerakan bayi di dalam rahim dan membantu masuk ke posisi normal sebelum adanya tanda-tanda bersalin.

2. Tidur mengiring dengan bantal di antara kedua kaki

Tidak kira tidur siang atau malam, Mama disaran tidur mengiring dengan bantal di antara lutut dan pergelangan kaki kerana ia boleh membantu janin ke posisi yang sepatutnya.

Menurut pakar perbidanan dan anak, Diana Spalding berkata, bantal yang diletakkan di antara kedua kaki dapat membantu mencipta posisi yang optimum untuk bayi berpusing atau berbalik.

Selain itu kedudukan tidur ini dapat membantu otot-otot di bawah punggung lebih rileks dan mengurangkan ketegangan di seluruh tubuh Mama.

3. Tidur dengan meletakkan kaki pada kedudukan lebih tinggi

Menjelang trimester akhir kehamilan, Mama disaran untuk kekal aktif melakukan senaman yang boleh memudahkan proses bersalin.

Sebagai ikhtiar baby songsang, Mama boleh baring di atas lantai dan mengangkat kaki ke dinding bagi menggalakkan janin bergerak pada kedudukan lebih optimum.

Kedudukan ini juga membolehkan graviti menolak janin untuk berpusing secara semula jadi, dalam masa yang sama, ia menjadi senaman baik untuk ligamen pelvik. Jika Mama rasa sukar, minta bantuan suami atau keluarga bagi melakukannya.

4. Gaya tidur ibu mengandung dengan kaki dibengkokkan ke lutut

Seterusnya, cara tidur wanita hamil supaya bayi tidak songsang adalah dengan kaki dibengkokkan ke lutut. Seperti senaman yoga, Mama boleh cuba posisi tidur dengan kaki dibengkokkan dan sedikit condong ke arah pelvis.

Kedudukan ini membolehkan janin bergerak terutamanya selepas diberi ruang yang begitu banyak untuk keluar ke pelvis. Mama boleh menggunakan bantuan bantal untuk menyokong punggung supaya lebih selesa.

Bagaimanapun, sekiranya kaedah pembedahan merupakan jalan terbaik, lapangkan dada dan fikiran Mama untuk menempuh saat itu.

Dunia moden pada hari ini membolehkan proses bersalin secara pembedahan dilakukan dengan selamat dan lebih baik.

Yang penting, Mama jangan cuba apa-apa petua berbahaya atau mengambil sesuatu makanan yang dikhuatiri keberkesanannya.

Rujuk doktor untuk sebarang ikhtiar yang Mama mahu cuba. Utamakan keselamatan Mama dan bayi ye.

Pastinya seorang ibu mahu yang terbaik untuk anaknya walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sendiri kan? Jadi, ikutilah saranan doktor dan selalu berunding dengan pakar tentang apa jua masalah kehamilan yang Mama hadapi.


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk mengetahui pelbagai tips dan petua kesihatan ketika hamil, Mama boleh klik di SINI!