KelabMama

Jangan Takut Mama! Ini Sembilan Posisi Seks Yang Selamat Ketika Hamil

posisi seks ketika hamil

Sebaik disahkan hamil, pastinya ia menjadi berita paling gembira buat pasangan suami isteri. Apatah lagi ini merupakan kehamilan pertama. Bertambah-tambah teruja mengetahui diri anda bakal bergelar Mama dan Papa.

Namun, dalam keghairahan menyambut cahaya mata sulung, adakah anda akan membataskan hubungan seks bersama suami? “Tak mungkin untuk elak ‘bersama’ selama sembilan bulan kehamilan. Nanti dah bersalin lagi susah nak layan suami sebab kena tunggu nifas kering, kemudian jahitan bersalin betul-betul dah kering. Kalau dikira mungkin hampir setahun tak dapat nak penuhi nafkah batin suami.”

Betul kerr macam tu Mama? Untuk pengetahuan Mama, tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual sepanjang kehamilan selagi Mama tiada masalah kesihatan dan doktor tidak melarang hal itu.

Bagaimanapun, Mama Siti tahu bahawa Mama bimbang dan takut sekiranya berlaku risiko buruk pada kandungan dek kerana hubungan seksual anda berdua. Faktanya, hubungan seksual adalah selamat sepanjang kehamilan, namun penting untuk anda berdua berjaga-jaga dengan posisi seks yang betul bagi mengelakkan ketidakselesaan atau risiko perkara buruk.

Apakah posisi seks yang selamat untuk Mama? Jom lihat perkongsian Mama Siti peroleh daripada laman web Health Line mengenai sembilan posisi seks ketika hamil.

Posisi Seks Ketika Hamil Yang Disarankan

1. Posisi Dari Belakang

Antara posisi seks ketika hamil yang paling popular untuk ibu mengandung. Dengan kedudukan suami di belakang, tekanan diberikan akan terus sampai kepada perut Mama sekaligus memberikan keselesaan sewaktu melakukan hubungan seksual.

Kaedah ini turut memastikan perut Mama yang semakin membesar itu berada di tempat selamat dan tak perlulah dirisaukan ketika bersama. Untuk lebih selesa, mama boleh alas bahagian perut dengan bantal kecil atau blanket bagi mengelakkan sebarang perlanggaran di perut Mama dengan tempat bahaya misalnya di penjuru katil.

2. You On Top

Mendaki ke atas! Posisi ini sangat disokong oleh pakar kesihatan apabila pengkaji Taiwan mendapati kedudukan seks seumpama ini memberikan kepuasan lebih berganda buat wanita hamil. Ini berikutan Mama mengawal penetrasi oleh pasangan apabila berada di atas.

Bagaimanapun, Mama disarankan untuk adjust keluasan bukaan kaki atau sambil bersandar mengikut kesesuaian kedudukan belly Mama bagi memastikan perut selesa ketika berasmara.

Nota: Posisi sebegini membantu mendapatkan spot yang tepat sekiranya Mama berada di trimester pertama dan kedua. Bagaimanapun, untuk trimester ketiga, Mama mungkin perlu elak posisi seumpama ini kerana pada fasa tersebut, cervix Mama berkemungkinan sangat sensitif sekaligus mudah cedera berdarah jika berlaku penetrasi yang terlalu mendalam.

3. Spooning Sex

Hampir sama dengan Posisi Dari Belakang, cuma kaedah ini dilakukan dalam keadaan berbaring. Kedudukannya adalah wanita baring di depan dan suami di belakang tubuhnya.

Ia lebih selesa kerana kedudukan wajah anda berdua berdekatan yang mana boleh memberikan keseronokan dan keselesaan. Teknik ini juga membuatkan belly Mama berada di kedudukan selamat dan seimbang iaitu di sebelah tilam.

Bagaimanapun, pasangan disarankan banyak menyentuh sekitar tubuh Mama atau clitoris untuk lebih rangsangan. Elakkan suami daripada memegang perut kerana dikhuatiri mengakibatkan ketidakselesaan ketika berasamara.

Nota: Posisi ini lebih seronok setelah Mama mulai memasuki tirimester kedua dan ketiga kerana sega;a pergerakan mengurangkan tekanan di perut.

4. Reverse Cowgirl

Posisi yang satu ini pula memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak dan sekaligus menjadikan ia lebih menyeronokkan kerana anda dan pasangan dapat menikmati keghairahan bersama berbanding posisi yang memperuntukkan peranan lebih daripada sebelah pihak semata-mata.

Ia juga membuatkan wanita menerima rangsangan hebat di bahagian clitorist ketika melakukan aksi ini. Sebaiknya posisi ini dilakukan ketika berada di trimester kedua dan ketiga. Sang isteri akan menikmatinya kerana perut tadi terletak dalam keadaan selesa.

Bagaimanapun, posisi ini sedikit mencabar kerana perlu adjust berat tubuh mama dan kedudukan kedudukan tangan serta tubuh belakang yang mungkin menyebabkan sedikit gangguan. Namun, jika Mama dah dapat kedudukan selesa, posisi ini pasti dirasakan yang terbaik untuk hubungan asmara anda berdua!

5. Standing

Jika usia kandungan bawah 20 minggu, posisi standing berfungsi jika sang suami memegang pinggang Mama. Namun, selepas 20 minggu, perut yang membesar boleh menyebabkan masalah keseimbangan dan kesukaran dengan kedudukan sekaligus menimbulkan risiko terjatuh.

Wanita hamil boleh meletakkan tapak tangan di dinding, dan bersandar untuk kestabilan namun pastikan asasnya kukuh yerr Mama.

Trimester: Eksperimen dengan ini semasa trimester pertama dan kedua, tetapi apabila perut semakin membesar, Mama mungkin merasa lebih sukar untuk untuk style ini.

6. Floating Pregnant Position

Berasmara sambil terapung? Sounds strange. Tapi kalau tak cuba tak tau. Dah cuba mungkin teringat-ingat. Ya, Mama, menurut laman web sama memetik kata-kata daripada Katz Kattari, mengapungkan diri ketika melakukan hubungan seksual membantu belly Mama untuk menentang graviti dimana ia adalah kaedah terbaik sewaktu usia kandungan mencapai lapan bulan dan ke atas.

Bergantung kepada saiz bath tub atau kolam, water level tak perlu penuh pun. Cukup sekadar menenggelamkan sebahagian tubuh Mama yang berada di atas suami. Biarkan pasangan di bawah dan mengemudi ayunan air serta tubuh Mama.

Untuk lebih sensasi, biarkan suami meneroka private part di tubuh Mama sambil wajah Mama menghadap ke bahagian atas. Posisi ini juga memberikan keselesaan di perut Mama.

Aksi ini tidak semestinya untuk dilakukan sehingga mencapai orgasm, Mama dan pasangan boleh gunakan posisi floating ini untuk sekadar foreplay je sebelum berpindah ke katil. Apa pun, ikut keselesaan Mama dan tubuh.

7. Seated Pregnancy Sex

Sebelum mencuba posisi semasa hamil yang satu ini, jangan lupa pastikan kerusi yang kalian guna itu kuat, tidak mudah patah dan stabil, ya? 

Lebih bagus kalau kerusi itu bersandar ke dinding dan cukup lebar untuk menampung berat dua orang. 

Minta suami duduk atas kerusi, kemudian ibu boleh duduk di atas pangkuannya dengan kaki terbuka. Mulakan penjelajahan!

8. Pregnant Oral Sex

Apa yang Mama tahu tentang oral sex? Ya, ia adalah seksual menggunakan mulut. Kaedah ini selamat, bagaimanapun bagi yang Muslim, sesetengah mazhab meletakkan hukumnya makruh, namun tak kurang juga ada pendapatkan menetapkan harus. Bagi pendapat Mama Siti, hanya anda sendiri tahu niat dan tujuan menggunakan oral.

Kerana sesetengah wanita hamil kurang rangsangan sekaligus memerlukan bantuan di bahagian lain untuk mencipta mood sensasi. Atau kaedah ini juga sesuai jika Mama dinasihati pakar kesihatan untuk elak daripada melakukan hubungan seksual dengan suami sepanjang kehamilan.

Maka, oral sex boleh digunakan dalam membina hubungan intim antara suami isteri. Aksi ini selamat dilakukan ketika berbadan dua.

Aleece Fosnight says, if you’re receiving oral sex, it won’t affect the developing baby, especially in the last trimester.

9. Side-by-side Sex

Untuk posisi seks ketika hamil pertama bagi ibu-ibu dengan perut yang besar, anda boleh cuba posisi saling berhadapan seperti ini. 

Mula-mula, baring berhadapan suami. Kemudian, ubah posisi badan kalian hingga menjadi bentuk V. Pastikan bahagian bawah tubuh bersentuhan.

Letak bantal di bawah punggung dan naikkan kedua-dua paha anda ke atas suami. Posisi ini mampu mencegah berat badan suami membebani anda.

Posisi Seks Ketika Hamil Yang Perlu Dielakkan

Dalam keghairahan mencuba pelbagai aksi baharu ketika berbadan dua, Mama harus berhati-hati kerana ada posisi yang perlu dielakkan oleh wanita hamil antaranya.

1. Missionary

Memetik laporan Health Line, posisi Missionary ini perlu dielakkan bagi wanita yang hamil yang menjangkau 20 minggu dan ke atas. Ia berikutan berupaya memampatkan (compress) perjalanan darah Mama kepada baby.

Malah, aksi ini juga memamparkan kedudukan Mama berbaring secara terlentang di bawah di mana suami berada di atas sekaligus memberikan ketidakselesaan di perut Mama. Pakar kesihatan juga mencegah agar wanita hamil tidur secara menelentang kerana tidak bagus untuk kandungan.

Bagaimanapun, posisi ini selamat dicuba sepanjang trimester pertama.

2. Prone Position

Prone position bermaksud berbaring secara meniarap yang mana ia semestinya tidak selamat dilakukan oleh wanita hamil.

3. Posisi Yang Ditegah Oleh Doktor

Sebaiknya, dapatkan pandangan dengan doktor Mama jika ada sebarang keraguan dan masalah di sepanjang kehamilan. Mama boleh bertanya terus kepada mereka adakah selamat melakukan hubungan seksual ketika Mama hamil.

Jika ada posisi yang ditegah oleh doktor, Mama perlu elakkan.


Untuk pelbagai info tentang kehamilan, Mama boleh klik di SINI!


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.