KelabMama

‘Playful’ Pasta: Jadikan Waktu Makan Bak Karnival Untuk Anak-anak

kanak-kanak habiskan pasta prego buddies

Mama Siti nak tanyalah mak-mak yang lain, apakah cabaran setiap hari apabila anak-anak semakin membesar? 

Semasa mereka masih bayi, mudah je kita berikan susu, bubur atau solid food yang sesuai dengan si manja. Tetapi bila dah menjangkau usia empat tahun ke atas ni, cabarannya lain macam terutamanya dalam bab makanan. Ada je yang taknak – NO, NO, NO.

Salah satu trick Mama Siti apabila anak-anak mula menunjukkan perangai sebegitu, Mama Siti akan mulakan ‘pesta’ makan-makan di rumah khas untuk anak-anak. Senang cakap, makan malam bertema dan menjadikan suasana tersebut bak karnival untuk mereka.   

Nak tahu macam mana? Meh Mama Siti nak cerita. 

Malam Pasta Bertemakan Angkasa Lepas, Haiwan & Hidupan Laut 

Sama seperti saya dan suami, anak-anak Mama Siti turut gemarkan pasta. Sejak Mama Siti perkenalkan pasta dalam menu mereka, memang setiap minggu akan ada pasta dalam hidangan makan malam atau tengah hari mereka. 

Pasta yang menjadi pilihan mereka semestinya Prego Buddies! Pasta Prego Buddies merupakan pasta kering yang diperbuat daripada serbuk tomato dan bayam asli yang didatangi dalam beraneka bentuk menarik iaitu haiwan, hidupan laut, dan angkasa lepas.

Mama hanya pilih bentuk pasta Prego Buddies yang Mama ingin hidangkan pada anak-anak pada hari itu, lalu sediakan ‘karnival’ makanan menggunakan tema yang sama.

Sebagai contoh, tema hidupan laut. Mama boleh sediakan pasta lazat dengan Prego Spicy Seafood Arrabbiata Sauce untuk dewasa, dan juga menu pasta carbonara seafood menggunakan Prego Carbonara Mushroom Sauce bersama Prego Buddies Ocean Dry Pasta untuk anak-anak.

Untuk menambah keriangan, wajibkan setiap ahli keluarga untuk memakai pakaian yang seiring dengan tema. Ia pasti menjadikan masa makan lebih menarik dan mengujakan untuk anak-anak, disamping menyediakan hidangan yang sihat untuk mereka.

P/s: Mama boleh juga tambah pilihan sayuran dan protein kegemaran seperti makanan laut atau daging (saya gemar letak udang), menjadikan hidangan lebih bernilai dan sihat.

Waktu Makan Yang Lebih Interaktif 

Selain itu, bentuk dan warna pasta Prego Buddies ini juga boleh menggalakkan anak-anak melibatkan diri mereka sendiri dalam makanan yang siap dihidangkan. 

Mama Siti teruja melihat daya imaginasi dan kreativiti anak-anak setiap kali Mama Siti hidangkan menu pasta ini. Awal-awal dahulu, memang Mama Siti harus kenalkan setiap satu bentuk dan warna daripada setiap varian pasta Prego Buddies. 

Setelah beberapa hidangan, seronok lihat anak-anak sendiri yang tunjuk dan namakan setiap satu bentuk pasta tersebut. Ada yang mula mereka cerita bagi setiap bentuk pasta mengikut imaginasi mereka sendiri. 

Memang kreatif dan kelakar! Mak ayah pun turut terhibur. 

Memupuk Sifat Culinary Explorer Dalam Diri Anak-anak

Apabila mereka semakin besar dan lebih mahir melibatkan diri dalam aktiviti harian kita, Mama Siti beri peluang untuk anak-anak menjadi explorer dalam dunia masakan. 

Tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan, Mama Siti sangat syorkan anak-anak saya untuk berada di dapur dan lihat sendiri apa yang dilakukan Mama dan Papa mereka.

Lama kelamaan, anak-anak turut teruja ingin mencuba dan melibatkan diri mereka dalam hidangan mereka sendiri. Alah, setakat tolong hiaskan pasta mereka je. Bukanlah masak di dapur tu. 

Pasta Prego Buddies ini sangatlah mudah dan hassle-free untuk disediakan bersama anak-anak. Selesai sahaja merebus pasta dan memasak sos yang diinginkan anak-anak, letak je dalam mangkuk atau pinggan kegemaran mereka. 

Kita sediakan condiments yang lain seperti tomato ceri yang dipotong dadu, herba campuran, dan sebagainya. Biar anak-anak hias atau tambah sendiri dalam pinggan mereka. 

Barulah ala-ala hidangan restoran dengan kualiti premium semudah 1-2-3, tetapi hasil air tangan sendiri! Bak tagline Prego, “amazing taste, made best at home”. 

Kaedah ini juga sebenarnya sangat membantu anak yang picky eater. Mama boleh gunakan peluang ini untuk membantu anak-anak meneroka citarasa yang berbeza. 

Contohnya, bagi anak yang tak suka makan tomato, Mama boleh galakkan mereka untuk mencuba pasta Prego Buddies dengan sos tomato seperti Prego Traditional Pasta Sauce yang sebenarnya mengandungi rasa tomato manis yang lazat. Pasti dapat menambah selera anak-anak! 

Jadi, apa tunggu lagi Mama. Mama boleh cuba tips yang Mama Siti kongsikan ini untuk menambahkan keriangan waktu makan mereka.

Sertai Peraduan Fuel Good & Menangi Hadiah Menarik Sehingga Rm60,000*! 

Untuk keriangan Mama dan Papa juga, setiap pembelian produk Prego bernilai RM20* dan ke atas dalam satu
resit, membolehkan Mama menyertai Peraduan Fuel Good yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang
bernilai sehingga RM60,000*!

Peraduan ini akan tamat pada 31 Disember 2023. Jangan lepaskan peluang ini dan sertai sekarang! Maklumat selanjutnya boleh ditemui melalui link ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Nak ke nak? Mestilah nak!

Jadi, dapatkan produk Prego dan Prego Buddies untuk seisi keluarga Mama hari ini. Layari laman rasmi Prego, Facebook, dan Instagram Prego Malaysia untuk maklumat lanjut.