KelabMama

Pinggan Mangkuk Bercorak Viral Bahaya!

bahaa pinggan mangkuk corak

Image from mStar Online

Kalau bab pinggan mangkuk ini, mama-mama lah yang paling champion kan? Walaupun tak guna semua, tapi suka kumpul kan; buat koleksi. Ada juga yang main kutu pinggan mangkuk. Tambah-tambah pinggan mangkuk yang bercorak cantik, lagilah seronok. Tapi, mama semua kena hati-hati tau- bahaya pinggan mangkuk bercorak yang viral baru ini; boleh memberi kesan kepada penggunanya terutama kepada kaum wanita dan bayi!

“Biar betul Mama Siti?”

Takkan lah Mama Siti nak takut-takutkan pula kan. Mama Siti share ini demi kebaikan kita semua. Bukan Mama Siti cakap kosong, tapi hal ini telah disahkan oleh Dr Nor Asrina Sairi, seorang pensyarah dari Universiti Malaya.

Bahaya Pinggan Mangkuk Bercorak Kepada Wanita, Kanak-kanak dan Bayi.

Menurut satu post dari laman Facebook Public Health Malaysia, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menggunakan pinggan mangkuk bercorak; terutama sekali wanita hamil, kanak-kanak dan bayi kerana boleh memberi kesan jangka masa panjang.

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.”

Dr Asrina berkata kepada mStar Online, kebanyakan corak-corak cantik yang terdapat di pinggan mangkuk dibuat daripada logam plumbum atau lead. Walaupun kandungan logam itu tak banyak, namun jika kita selalu gunakan, ia boleh memberikan kesan kepada kita. Kesannya bukanlah kesan yang secara terus dan langsung, tapi bahaya pinggan mangkuk bercorak ini perlu dielakkan; tambah-tambah bagi mama yang hamil dan si comel.

Dijual dengan harga serendah 50 sen, pinggan mangkuk bercorak itu semakin viral di media sosial baru-baru ini. Ianya dijual di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain juga.

Simpan Buat Koleksi Jelah

Dr Asrina yang juga pensyarah kanan Jabatan Kimia UM menambah, lebih elok jika pinggan mangkuk bercorak itu dijadikan koleksi hiasan je. Katanya lagi, logam plumbum yang terdapat di corak itu mudah terhakis lagi-lagi bila terdedah dengan suhu yang panas.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.”

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” 

Bila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.

Kalau ada mama-mama yang dah beli pinggan mangkuk ini, Mama Siti harap mama semua simpan jelah kan. Tak payah guna dah, bukan apa, risau jelah nanti ada side effects. Kalau tak ada masalah tak apa, kita taknaklah nanti kita atau orang yang kita sayang sakit kemudian hari.

Semoga semua dapat mengambil iktibar!

Sumber: Public Health Malaysia & mStar Online

BACA LAGI AWAS! BAHAYA BILA ASYIK TENGKING ANAK

Pesan Mama Siti

Cantik memang cantik tapi kalau membawa keburukan, baik takpayah beli atau guna kan? Bahaya pinggan mangkuk bercorak ini sebenarnya. Kita guna jelah pinggan yang kita guna sebelum ini. Kalau nak beli pun, check dulu; lead-free ke tak. Mama Siti lagi suka pinggan putih takde corak. Lagi nampak elegan gitu – hahaha.