Dalam kehidupan harian, kita sering terdedah kepada pelbagai jenis pinggan mangkuk bercorak yang dijual di pasaran daripada rekaan yang ringkas hinggalah ke corak yang berwarna-warni dan menarik perhatian Mama untuk dijadikan koleksi di dapur Mama.
Tapi sayangnya, bukan semua pinggan mangkuk bercorak ni ikut piawaian keselamatan makanan atau food grade. Sebab tu Mama kena lebih berhati-hati semasa membelinya kerana di sebalik corak yang cantik, mungkin ada bahaya yang Mama tak nampak depan mata.
Apa Itu Pinggan Mangkuk Bercorak Food Grade?
Food grade ni bermaksud bahan yang selamat digunakan untuk makanan tak melepaskan bahan kimia berbahaya bila bersentuhan dengan makanan atau minuman. Kalau pinggan Mama betul-betul food grade, ia kekal selamat walaupun digunakan dengan makanan panas, berasid macam sambal atau kari, atau dimasukkan ke dalam microwave.
Masalahnya sekarang ni, banyak sangat pinggan mangkuk yang bercorak cantik dijual dengan harga murah, terutamanya di kedai- kedai atau pasar malam. Cantik memang cantik, tapi tak semua selamat!
Ada yang guna cat atau pewarna yang mengandungi plumbum (lead) dan kadmium dua logam berat yang sering digunakan untuk hasilkan warna terang dan corak menarik.
Bahaya logam berat ni ialah bila pinggan tu dipanaskan atau digunakan untuk makanan panas dan berasid disebabkan bahan kimia boleh mula luntur dan meresap masuk ke dalam makanan.
Bila Mama guna pinggan bercorak hari-hari, tanpa sedar keluarga Mama perlahan-lahan termakan racun sedikit demi sedikit. Lama-lama, racun tu boleh terkumpul dalam badan dan menjejaskan kesihatan terutamanya sistem saraf dan organ penting.
Walaupun reka bentuknya nampak eksklusif dan harga murah menggoda, penting untuk pastikan pinggan mangkuk yang Mama gunakan tu betul-betul selamat dan mematuhi piawaian food grade. Kesihatan keluarga lebih utama daripada rupa luar semata-mata.
Pinggan mangkuk yang tidak mengikuti piawaian food grade lazimnya mengandungi bahan logam berat seperti plumbum (lead) dan kadmium, yang sering digunakan dalam pewarna atau cat untuk menghasilkan corak yang cantik.
Masalah timbul apabila bahan ini meluntur dan meresap ke dalam makanan, terutamanya apabila digunakan dengan makanan panas, berasid atau dimasukkan ke dalam microwave.
Risiko Kesihatan Akibat Penggunaan Pinggan Tidak Selamat
Pendedahan kepada logam berat secara berterusan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan. Antaranya:
- Keracunan logam berat – menyebabkan simptom seperti muntah, cirit-birit, sakit perut dan keletihan.
- Kerosakan organ dalaman – seperti buah pinggang, terutama jika terdedah dalam jangka masa panjang.
- Gangguan perkembangan kanak-kanak – kerana logam berat boleh menjejaskan sistem saraf dan fungsi otak.
- Risiko kanser – bahan kimia tertentu dalam pewarna mungkin bersifat karsinogenik (penyebab kanser) jika digunakan secara berterusan.
Kadang-kadang Mama rasa tak ada apa-apa sebab kesannya tak terus nampak. Tapi bahaya macam ni biasanya ambil masa bertahun-tahun untuk tunjuk kesan sebenar.
Bila logam berat dah lama terkumpul dalam badan, ia boleh ganggu kesihatan tanpa Mama sedar dan paling menakutkan, boleh menjejaskan perkembangan otak anak Mama.
Cara Mengenal Pasti Pinggan Mangkuk yang Selamat
Pengguna boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk mengenal pasti sama ada pinggan mangkuk yang digunakan selamat atau tidak:
- Mama perlu check sama ada pinggan mangkuk tu ada simbol food safe seperti gambar garpu dan sudu atau ada pengesahan daripada badan yang diiktiraf seperti SIRIM.
- Elakkan beli pinggan mangkuk yang tidak mempunyai label atau maklumat pengilang, terutamanya yang dijual murah di pasar malam atau kedai serbaneka.
- Check dulu coraknya mudah luntur atau tidak apabila dicuci atau direndam kerana itu mungkin petanda bahan pewarna yang digunakan tidak selamat.
- Sebaiknya Mama pilih pinggan mangkuk daripada jenama yang dikenali dan dipercayai yang menyatakan ia bebas BPA, selamat digunakan dalam microwave dan telah lulus ujian makmal.
Mama Siti faham, mestilah kita pun teruja nak kumpul koleksi pinggan mangkuk bercorak yang cantik-cantik tu. Tapi walaupun cantik, hati-hati dulu sebelum beli dan utamakan kesihatan keluarga. Pilihlah jenama yang sahih dan ada pengiktirafan seperti SIRIM atau kelulusan KKM.
Sekarang ni pun banyak je pilihan yang comel-comel tapi tetap selamat, contohnya yang diperbuat daripada seramik berkualiti tinggi, kaca tahan haba, atau plastik yang bebas BPA.
Jadilah pembeli yang bijak demi kesejahteraan keluarga Mama dan pastikan koleksi pinggan mangkuk yang dibeli bukan saja cantik tetapi selamat digunakan.
Ketahui lebih banyak berita yang sedang viral dan trending sekarang di SINI.