KelabMama

Pilih Yang Sihat Untuk Anak Mama, Pilihlah URAI!

Kredit gambar: Mi Urai

Adakah Mama ingin memberi anak Mama makanan yang sedap dan juga sihat? Tak perlu cari jauh-jauh, dengan URAI—dijamin memuaskan walaupun Mama cerewet dengan jenis makanan!

Dan jika anak-anak Mama dah bosan atau tidak gemarkan nasi, mungkin mereka sebenarnya sedang menunggu untuk Mama mencuba URAI. Selain lazat dan mengenyangkan, ia juga lebih mudah untuk disediakan—sesuai untuk ibu yang sibuk dan mempunyai jadual yang padat.

Terdapat banyak cara untuk menyediakan URAI ni, Mama! Ini adalah berita yang sangat baik kerana kebanyakan kita bersetuju bahawa makan hidangan yang sama sepanjang masa boleh menjadi agak membosankan. Mama boleh mempelbagaikan menu keluarga Mama dengan URAI dan bereksperimen dengan berpuluh-puluh resepi mi berbeza yang ditawarkan di laman web mereka. Produk URAI kini merangkumi bukan sahaja mi telur kuning tradisional dan mi ‘fettuccine’ rata, tetapi juga mi kanji jagung (bihun). Berikut adalah apa yang Mama perlu tahu tentang Mi URAI dan Bihun Jagung URAI.

Mi URAI

Jika mi goreng dan alfredo adalah sebahagian daripada menu makan malam yang biasa dalam keluarga Mama, Mi URAI juga seharusnya ada dalam senarai menu Mama jika Mama sedang mencari jenama yang bagus untuk dicuba. Tersedia dalam kedua-dua versi spageti dan fettuccine asli, Mi URAI serba boleh, dan bebas daripada pengawet dan kolesterol. Ia juga diperbuat daripada bahan-bahan terpilih yang berkualiti tinggi. Beberapa hidangan hebat yang boleh Mama cuba daripada kedua-dua versi ini termasuk Chicken Katsu Curry Ramen, Rabokki Cheese Spicy Hotplate dan Yakisoba. Berikut adalah resepi yang Mama mesti cuba dengan Mi URAI yang dipanggil Mi Kolok.

Jika Mama tertanya-tanya di mana nak cari Mi URAI, berikut ialah senarai kedai dan pasar raya yang membekalkan produk Mi URAI:

Mi URAI juga boleh didapati secara online melalui Lazada dan Shopee.

Bihun Jagung URAI

Bihun Jagung URAI yang kini merupakan tambahan baru kini dalam Keluarga URAI, sangat sesuai buat Mama yang inginkan kepelbagaian dan masakan apa sahaja. Bihun Jagung URAI bebas lemak, kolestrol dan gluten, dan diperbuat daripada pati jagung yang berkualiti tinggi. Ini menjadikannya hidangan yang sempurna terutamanya jika Mama ingin menghidangkannya kepada rakan vegetarian Mama. Tetapi, jangan hadkan menu Mama kepada bihun goreng biasa sahaja tau. Mama boleh bereksperimen dengan resepi lain yang mungkin Mama belum pernah cuba sebelum ini seperti Satay Bee Hoon Seafood, Japchae dan Chicken Lor Bee Hoon. Resepi Bee Hoon Goreng Jawa ini juga pastinya menjadi hidangan yang sungguh menyelerakan untuk seisi keluarga.

Bihun Jagung URAI juga boleh didapati di Lazada dan Shopee.

Cuba Mi Urai Hari Ini Mama!

URAI adalah jenama serba boleh dengan 3 jenis mi yang berbeza untuk dipilih. Ini menjadikannya sempurna untuk mana-mana masakan yang Mama mungkin berminat. Produk URAI juga sihat dan bebas daripada lemak, kolesterol dan bahan pengawet—pilihan terbaik untuk seisi keluarga, Mama! Mi juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi supaya Mama tahu Mama dan seisi keluarga akan mendapat yang terbaik untuk tubuh badan masing-masing.

Tastefully® URAI

Untuk pengetahuan Mama, URAI akan mengambil bahagian dalam Ekspo Makanan Tastefully® di Mid Valley Megamall pada 5-7 Ogos 2022 ini. Mama jangan lupa untuk melawati mereka di booth berikut: 221, 221A, 222 & 222A.

Jadi, tunggu apa lagi Mama? Dapatkan produk URAI kegemaran Mama hari ini!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.